Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali merakamkan ucapan takziah ke atas pemergian Ahli Dewan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar Kamarol Zaki Abdul Malik yang meninggal dunia pagi ini.
"Walaupun beliau hanya menjadi wakil rakyat bagi tempoh sepenggal untuk Sungai Air Tawar, pemergian Allahyarham tetap dirasai dan disifatkan kehilangan kepada negeri Selangor.
"Jasa dan sumbangan beliau terhadap Selangor, khususnya bagi kawasan DUN yang diwakili Allahyarham, tetap diingati sepanjang masa," kata Azmin dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau turut mendoakan yang terbaik buat keluarga Allahyarham dan berharap mereka serta penduduk kawasan DUN Sungai Air Tawar diberi kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.
Kamarol Zaki, 58, meninggal dunia di kediamannya di Sungai Air Tawar di Sabak Bernam pagi ini.
Allahyarham merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam dan Ketua UMNO Cawangan Sungai Air Tawar.
Pada pilihan raya umum lepas, Kamarol Zaki menewaskan calon PAS, Wahid Rais dengan majoriti 1,416 undi.
Astro Awani
Tue Jan 17 2017
Kamarol Zaki, 58, meninggal dunia di kediamannya di Sungai Air Tawar di Sabak Bernam pagi ini. - fotoBERNAMA
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
Penguasaan asas teknologi AI sangat penting untuk pelajar
Penguasaan terhadap asas AI adalah perlu dan penting seiring dengan penguasaan 3M (menulis, mengira dan membaca).
Pasaran saham ST1 positif, dijangka berterusan sehingga H2
Pasaran FBM KLCI mencatat prestasi baik dengan pulangan sekitar 5.7%. Imran Yassin Md Yusof, Ketua MIDF Research, menjangkakan sentimen positif akan berterusan sehingga separuh kedua tahun ini. Sektor cemerlang termasuk utiliti, hartanah, dan pembinaan.
Peningkatan IHPR beri petanda positif kepada perdagangan
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, prestasi Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Pengeluaran Tempatan Malaysia yang meningkat pada Februari 2024 menyifatkan pertumbuhan perdagangan berada di tahap yang baik.
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri.
Tiada PRK DUN Air Tawar - SPR
SPR memutuskan bahawa tiada PRK akan diadakan bagi kerusi DUN Sungai Air Tawar, Selangor bagi mengisi kekosongan susulan kematian penyandangnya Kamarol Zaki Abdul Malik pada 17 Jan lepas.
SPR tunggu pemakluman rasmi Speaker DUN Selangor
SPR akan memaklumkan keperluan mengadakan PRK kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar, Selangor berikutan kematian wakil rakyatnya.
Pemergian Adun Sungai Air Tawar satu kehilangan - MB Azmin
"Walaupun beliau hanya menjadi wakil rakyat bagi tempoh sepenggal untuk Sungai Air Tawar, pemergian Allahyarham tetap dirasai dan disifatkan kehilangan kepada negeri Selangor."
Adun Sungai Air Tawar meninggal dunia
Allahyarham ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya di Sungai Air Tawar.