Sebanyak 25,796 lot individu telah diukur libatkan kawasan seluas 32 ribu 17 hektar setakat Februari tahun ini.

Ini jelas kesungguhan kerajaan Sarawak untuk beri hak tanah adat Bumiputera kepada rakyat tempatan yang benar-benar layak.

Jaminan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bahawa kerja-kerja pengukuran terus dipergiat.

Pihaknya kini beri tumpuan bagi ukur lot-lot individu susulan daripada 718,522 hektar diwartakan untuk diberi surat hak milik tahun ini. Tanggungjawab itu bukan mudah untuk ditanggung Jabatan Tanah dan Survei Sarawak untuk pastikan proses pengukuran selesai ikut waktu ditetapkan.

"Ia bukan tugas yang mudah bagi Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak bagi memastikan kerja-kerja pengukuran ini dapat diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan," kata Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Ketua Menteri Sarawak.

Terdahulu, Awang Tengah beri 452 surat hak milik tanah kepada 409 pemilik di kawasan
Jalan Pakan-Sesco di Sarikei.