Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pemimpin-pemimpin kaum India dalam Pakatan Harapan memberi penekanan terhadap aspek pengurusan kuil di seluruh negara.

Menurut Anwar, wujud kes-kes yang melibatkan aspek ketelusan dan pihak pengurusan kuil dipertikai.

"Yang dipertikai ialah ketelusan dan cara mengurus wang serta dana.

"Jadi, pemimpin-pemimpin kaum India dalam PH dan dalam masyarakat harus tangani perkara ini, bukan dari sudut sentimen tetapi sebagai tanggungjawab mereka membetulkan kepincangan dalam urusan kuil itu sendiri," kata Anwar dalam bual bicara mingguan eksklusif AI di Astro AWANI.

Selain itu, Anwar menjelaskan bahawa pengurusan jawatankuasa kuil juga berbeza daripada pengurusan masjid mahu pun gereja.

BACA: Perlu dapat kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum membina rumah ibadat?