Pertelingkahan antara Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah perlu diselesaikan atas semangat setiakawan Barisan Nasional (BN), kata Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin.
Beliau juga percaya kedua-dua tokoh terbabit boleh duduk semeja untuk berbincang secara baik.
"Dalam BN kita ada prinsip musyawarah, kita ada prinsip setiakawan, prinsip konsensus... tak perlu isu ini dipanjangkan di media," kata Menteri Belia dan Sukan itu kepada pemberita sebelum mengetuai larian obor Sukan SEA 2017 peringkat Bahagian Samarahan di Jambatan Batang Sadong, Simunjan petang ini.
Turut hadir Abdul Karim yang juga Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak.
Mengulas perkara itu, Abdul Karim berkata beliau juga tidak mahu isu tersebut dipanjangkan.
"Tak perlulah (ulas lanjut) Yang Berhormat Khairy dah katakan tadi selesaikan dengan cara baik. Bagi diri saya itu tidak jadi masalah dalam bulan Ramadan tidak perlu melenting-lenting," katanya
Ditanya mengenai keputusan kerajaan Sarawak untuk menarik balik penyertaan wakilnya dalam Tourism Malaysia, Abdul Karim berkata keputusan itu telah lama dibuat dan bukan disebakan pertelingkahan tersebut.
"Keputusan tidak ada kena-mengena dengan apa berlaku antara kementerian saya dan Kementerian Pelancongan Malaysia. Kemungkinan keputusan pada masa yang sama tetapi tidak ada kena-mengena," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 12 2017
Khairy percaya kedua-dua tokoh terbabit boleh duduk semeja untuk berbincang secara baik.
Gaza Freedom Flotilla: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal terpaksa ditukar - FFC
Terdapat kemungkinan pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla terpaksa ditukar.
AWANI Ringkas: Semua 10 mayat dihantar ke Hospital Permaisuri Bainun Ipoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pantau Belanjawan: Meningkatkan kecekapan, produktiviti perkhidmatan kesihatan
Pantau Belanjawan membawa perkembangan terkini tentang aplikasi perkhidmatan komunikasi kesihatan, MedPlanner.
Johor laksana sunat istisqa' dan khutbah khas
Kerajaan negeri memandang serius keadaan kemarau yang berlaku di beberapa tempat dalam negara khususnya di negeri Johor.
Pengarah syarikat gagal patuhi syarat lesen cetak al-Quran didenda RM8,000
Sebelum menjatuhkan hukuman, Majistret Farah Azura menasihatkan tertuduh supaya lebih peka dengan sensitiviti berhubung pencetakan al-Quran.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah Komander Firdaus dikebumi di Pulau Pinang
Komander Muhammad Firdaus Ramli ,44, akan dikebumikan di kampung halamannya di Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang.
Nahas helikopter Lumut: 'Takut tak sempat lepas ni' - Kakak pilu kenang permintaan terakhir arwah
Noryani berkata dia reda dengan pemergian adiknya itu selepas ibu bapa mereka meninggal dunia Januari dan Ogos tahun lalu.
Dilarang guna 'gajet', kanak-kanak cuba terjun bangunan
Anggota JBPM Perak berkata pihaknya hanya mengambil masa tujuh minit bagi memujuk dan menyelamatkan kanak-kanak itu.
[KRONOLOGI] Nahas Helikopter TLDM
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi dua helikopter yang dilaporkan bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
[INFOGRAFIK] Perang Palestin-Israel | Fakta Nombor (Sehingga 19 April 2024)
Berikut adalah info berkenaan dengan perang Palestin-Israel, fakta nombor, sehingga 19 April 2024.
Abdul Karim sahkan perkhidmatan Taib Mahmud tamat Februari, enggan ulas siapa pengganti TYT
Sebaliknya, beliau memaklumkan bahawa tempoh perkhidmatan Tun Abdul Taib Mahmud sebagai TYT Negeri Sarawak ketujuh akan tamat pada 28 Februari depan.
Pertukaran KM kepada 'Premier', tanda status Sarawak tidak sama negeri lain - Abdul Karim
Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 akan dibentangkan esok melibatkan Perkara 6 (3) bagi menggantikan perkataan 'Ketua Menteri' kepada 'Premier'.
PRN Sarawak: "Mereka ini buah-buah pilih" - Abdul Karim yakin muka baharu mampu menang
GPS menampilkan sekurang-kurangnya 25 muka baharu pada PRN12 termasuk di DUN Tanjong Datu, Lingga, serta Tellian.
PRN Sarawak: Peratusan keluar mengundi tinggi, bukti mandat diberi rakyat - Abdul Karim
Untuk rekod, Abdul Karim telah menjadi ADUN Asajaya selama empat penggal sejak 2001.
Masih muda, belum masa Pandelela terima gelaran Datuk - Abdul Karim
Abdul Karim berpendapat tidak baik untuk membiasakan atau memberi terlalu banyak ganjaran kerana kepada atlet kerana ia boleh merosakkan atlet terbabit.
Cadangan tubuh gagasan besar, pemimpin GPS kata tak perlu
Abdul Karim menyifatkan GPS tidak perlu terlibat dengan penubuhan gagasan besar bersama PN dan BN kerana fokus perjuangan GPS hanya untuk Sarawak
Pemandangannya indah! Abang Jo teruja bermotosikal dari Sibu ke Kapit
Bermula dari Boulevard Sibu Jaya pada jam 8.30 pagi, ekspedisi bermotosikal Abang Johari melalui beberapa persinggahan sebelum tiba di Dataran Bandar Kapit tepat jam 3.45 petang.
Sektor Pelancongan Sarawak bangkit dalam tempoh 18 bulan - Abdul Karim
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak perlu mengatur kembali strategi bagi menghidupkan kembali sektor pelancongannya.
COVID-19: 318 dikuarantin di tiga bahagian selepas pulang ke Sarawak
Sejumlah 173 orang ditempatkan di dua hotel di Kuching, 132 di tiga hotel di Miri manakala 13 di sebuah hotel di Limbang.
Pemuda BN mahu isu antara Nazri, Abdul Karim diselesaikan atas semangat BN
Pertelingkahan antara Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah perlu diselesaikan atas semangat setiakawan Barisan Nasional (BN).