Pemuda ditampar polis sampai pekak, Kerajaan diperintah bayar pampasan RM120,400

Pemuda ditampar polis sampai pekak, Kerajaan diperintah bayar pampasan RM120,400
Tuntutan ganti rugi am itu atas kecederaan di bahagian telinga kiri yang dialami Mohd Faizu (kanan) akibat ditampar defendan pertama, Lans Koperal Mohd Erman Ahmad. - Foto Astro AWANI
KOTA BHARU: Mahkamah Sesyen Kota Bharu mengarahkan Kerajaan Malaysia selaku defendan membayar ganti rugi RM120,400 keatas seorang buruh, Mohd Faizu Ramli, 32, yang pekak telinga kiri kerana ditampar anggota polis empat tahun lalu.

Tuntutan ganti rugi am itu atas kecederaan di bahagian telinga kiri yang dialami akibat ditampar defendan pertama, Lans Koperal Mohd Erman Ahmad.

Selain itu ganti rugi teladan RM120,000, ganti rugi khas RM400 dan faedah atas jumlah penghakiman sebanyak lapan peratus setahun.
Perintah dikeluarkan Hakim Mohd Rosly Muhammad Nawi.

Mohd Faizu menyaman Mohd Erman sebagai defendan pertama, Ketua Polis Daerah Tumpat sebagai defendan kedua dan Kerajaan Malaysia defendan ketiga.

Saman dikemukakan pada 14 Mei 2018 di Mahkamah Sesyen Kota Bharu.

Pihak kerajaan diwakili oleh Peguam Persekutuan Nik Nor Adila Zaidan, manakala Mohd Faizu oleh peguam Shaharuddin Mohamad.

Dalam kejadian 17 April 2015, Mohd Faizu yang mendengar bunyi riuh di atas rumah bapanya, bertemu dengan Lans Koperal Mohd Erman Ahmad (plaintif pertama) untuk bertanya tujuan serbuan pihak polis tetapi kemudian dituduh cuba mengganggu tugas anggota polis dan ditampar di telinga kiri.

Tamparan kuat itu menyebabkan telinga kiri Mohd Faizu cedera dan berdarah sehingga mengalami masalah pendengaran.

Mohd Faizu yang ditemui menyatakan  masih kurang pendengaran dengan keadaan telinga berdegung dan perlu menjalani rawatan dari semasa ke semasa.

Tag: Kota Bharu, mahkamah, Mahkamah Sesyen, pemuda dilempang, saman, pampasan, tampar sampai pekak, Kelantan, Mohd Faizu


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.