Tutup

Pemuda maut ketika nyala sumbu bunga api

Pemuda maut ketika nyala sumbu bunga api
Bunga api meletup ketika mangsa hendak memasang sumbu untuk menyambut perayaan Deepavali di rumahnya. -Gambar hiasan
KULAI: Sambutan perayaan Deepavali sebuah keluarga bertukar tragedi apabila bunga api meletup hingga meragut nyawa seorang lelaki di rumahnya di Taman Mutiara, Kulai, kelmarin

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, mangsa yang berusia 25 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, bapa mangsa berusia yang 52 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut jam 11.07 pagi kelmarin.

"Bunga api meletup ketika mangsa hendak memasang sumbu untuk menyambut perayaan Deepavali di rumahnya.
"Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala, muka, melecur tubuh badan dari dada ke bawah serta patah tangan sebelah kiri," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, hasil bedah siasat yang dijalankan, tiada kecederaan lain yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah.
"Terdapat pendarahan dalam kepala mangsa di mana pegawai perubatan percaya akibat letusan bunga api yang kuat mengenai bahagian muka dan dada mangsa.

"Polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut," katanya.