Pemuda Pas bimbang sekiranya penganjuran pesta arak atau Oktoberfest diteruskan akan menzahirkan kemungkaran seterusnya mengundang kemurkaan Allah.
Sehubungan itu, Ketuanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi berpendapat penganjuran pesta arak atau Oktoberfest itu tidak boleh dilakukan.
Menurutnya, pesta arak adalah simbolik kebiadapan pihak tertentu kerana penganjuran dilakukan secara terbuka mencerminkan sikap tidak menghormati agama dan budaya majoriti umat Islam di Malaysia.
"Tambahan lagi, pesta arak tersebut pasti akan mengundang perilaku buruk sekali gus memudaratkan orang lain.
"Kebanyakan negara-negara luar juga menghalang pesta arak tersebut kerana dampaknya agak kritikal seperti pelakuan jenayah, kerosakan harta benda dan kematian.
"Tidak ada sebab dan keperluan untuk membenarkan pesta arak tersebut dilakukan di negara ini," katanya dalam satu kenyataannya di sini.
Beliau berkata, Pemuda Pas kekal berpendirian bahawa orang-orang bukan Islam tidak ditegah untuk minum arak dan mereka berhak minum arak selagi tidak mengganggu gugat kepentingan orang lain.
Menurutnya, contoh gangguan seperti pergaduhan, kemalangan dan pembunuhan boleh berlaku disebabkan hilang pertimbangan kewarasan akal. Bagi orang Islam, hukum minum arak adalah haram secara jelas.
"Oleh itu, Pemuda Pas Malaysia menyokong penuh kenyataan pemimpin tertinggi Pas mengenai larangan keras ini dan sepatutnya ia dicontohi oleh parti-parti politik yang lain.
"Sekali lagi ingin ditegaskan bahawa Pas tidak menghalang orang bukan Islam minum arak tetapi tidak sesekali bersetuju dengan penganjuran pesta tersebut.
"Umat Islam harus bimbang sekiranya kemungkaran dizahirkan maka ia akan mengundang kemurkaan dari Allah," katanya.
Sinar Harian
Wed Oct 17 2018
Muhammad Khalil berkata, Pemuda Pas kekal berpendirian bahawa orang bukan Islam tidak ditegah untuk minum arak dan mereka berhak minum selagi tidak mengganggu gugat kepentingan orang lain. - Gambar fail
Polis giat kesan tiga lelaki bakar anak kucing di Kajang
Perbuatan berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi berkenaan.
Insiden tembakan KLIA: Suspek dituduh di Mahkamah Kota Bharu hari ini
Suspek berusia 38 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Sepang selepas pertuduhan.
Nahas helikopter Lumut: Sultan Pahang titah masjid laksanakan solat jenazah ghaib
Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa sedih dan dukacita dengan tragedi itu yang mengorbankan 10 anggota TLDM.
Harimau Muda tutup kempen di Qatar tanpa sebarang kemenangan
Harimau Muda tamatkan kempen di tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata susulan tewas 0-2 masing-masing di tangan Uzbekistan dan Vietnam dalam dua aksi pertama.
[LAPOR LANGSUNG] Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk libatkan helikopter
Kedua-dua helikopter sedang menjalani raptai buat kali ketiga sempena sambutan Hari Terbuka Armada TLDM yang dijangka berlangsung Sabtu ini.
Qatar masih komited sebagai perantara dalam rundingan gencatan senjata di Gaza
Qatar masih komited untuk menjadi orang tengah antara Hamas dan Israel untuk mencapai satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk libatkan helikopter
TLDM mengesahkan 10 anggotanya terkorban melibatkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru Fennec TLDM.
Nahas helikopter Lumut: 'Amirulfaris orang yang baik, orang baik selalu pergi dulu'
Mohamad Amirulfaris sangat menjaga kebajikan ibu bapanya dan seorang yang sangat peramah dengan saudara-mara.
200 hari menyerang Gaza, Israel rancang serang Rafah yang bakal memburukkan keadaan
Sejak Oktober tahun lepas, tentera Israel telah membunuh 34,183 warga Palestin dan mencederakan lebih 77,000 yang lain.
Nahas helikopter Lumut : “Anak saya wira negara” - Bapa
Mohamad Borak reda dengan apa yang berlaku kerana tragedi sebegini adalah resam sebagai pejuang negara.
Isu LGBT di Malaysia masih terkawal - Mujahid
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, rakyat negara ini tidak terlalu mudah menghukum bencana yang berlaku di Palu, Indonesia, sebagai bala berkaitan LGBT.
Pemuda Pas bimbang Oktoberfest undang bala
Sehubungan itu, Ketuanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi berpendapat penganjuran pesta arak atau Oktoberfest itu tidak boleh dilakukan.