Pemulihan bekalan air secara berperingkat bermula 6 pagi Selasa

Pemulihan bekalan air secara berperingkat bermula 6 pagi Selasa
Proses bagi meningkatkan paras kolam dan menstabilkan tekanan di sistem-sistem utama sedang dilakukan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Pemulihan bekalan air secara berperingkat di beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor akan bermula jam 6 pagi Selasa, 23 Julai.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Abdul Raof Ahmad, menjelaskan, proses bagi meningkatkan paras kolam dan menstabilkan tekanan di sistem-sistem utama sedang dilakukan.

Ketika ini, Loji Rawatan Air Sungai Selangor SSP1, SSP2, dan SSP3, serta Loji Rawatan Air Rantau Panjang yang membekalkan 60 peratus air terawat kepada pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur telah kembali beroperasi pada 3.30 pagi Isnin.
"Berdasarkan pemantauan sehingga jam 6 petang, 16 peratus akaun pelanggan berdaftar yang menerima bekalan air secara terus telah pulih," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan setakat jam 6.30 petang Isnin di laman Facebook. 

Berikut jumlah kawasan dan jumlah akaun pelanggan berdaftar yang terjejas serta sasaran pemulihan bekalan air:

Sasarab pemulihan bekalan air mengikut kawasan

97 buah lori tangki air digerakkan termasuk bantuan dari agensi air luar serta 34 buah lori tangki jumbo bagi penghantaran bekalan kepada pelanggan.

"Selain itu, 16 Pusat Khidmat Setempat (PKS) yang beroperasi 24 jam serta 17 lokasi pili awam bagi menyalurkan bantuan kepada pelanggan yang terjejas diaktifkan," kata kenyataan itu. 


 


Tag: Kuala Lumpur, Selangor, Syabas, Air Selangor, air


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.