Penambahbaikan berterusan sedang dilaksanakan untuk projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak khususnya dari segi peningkatan kapasiti dan kepakaran teknikal sedia ada, kata Kementerian Kerja Raya.
Menurut kementerian itu, inisiatif-inisiatif berkenaan adalah perlu bagi memastikan kelancaran dan kelangsungan projek lebuh raya itu sebagai pemangkin pembangunan sektor sosio-ekonomi, perindustrian serta pelaburan di sepanjang jajaran projek itu.
"Sehingga Jun 2020, status kemajuan terkini adalah 49 peratus bagi fasa satu projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak," kata kementerian itu dalam jawapan bertulis bagi menjawab soalan Wong Ling Biu (PH-Sarikei) di Dewan Rakyat hari ini mengenai status pembinaan Lebuhraya Pan Borneo dan sama ada Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak mengendalikan keseluruhan projek ini.
Kementerian Kerja Raya berkata Lebuhraya Pan Borneo Sarawak kini sedang dilaksanakan secara konvensional dengan kerjasama JKR Sarawak susulan penamatan Perjanjian Rakan Pelaksana Projek.
Sementara itu, bagi menjawab pertanyaan Datuk Mohd Anuar Mohd Tahir (PH-Temerloh) mengenai status keseluruhan projek Lebuh Raya Pantai Barat (WCE), kementerian itu berkata status kemajuan keseluruhan Lebuh Raya WCE berakhir 15 Jun 2020 adalah 66.28 peratus.
Kementerian Kerja Raya berkata Lebuh Raya WCE telah dibuka kepada pengguna secara berperingkat sejak 2019 dengan pembukaan pertama pada 31 Mei 2019 bagi jajaran dari Persimpangan Bertingkat Hutan Melintang ke Persimpangan Bertingkat Teluk Intan.
Pembukaan kedua adalah pada 23 Sept 2019 yang melibatkan dua seksyen lebuh raya iaitu jajaran dari Persimpangan Bertingkat Kampung Lekir ke Persimpangan Bertingkat Changkat Cermin dan jajaran bermula dari Persimpangan Bertingkat Changkat Cermin ke Persimpangan Bertingkat Beruas.
Pembukaan ketiga adalah pada 10 Dis 2019 bagi jajaran dari Persimpangan Bertingkat Bandar Bukit Raja (Selatan) ke Persimpangan Bertingkat Bandar Bukit Raja (Utara).
Menurut kementerian, pembukaan jajaran seterusnya iaitu Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (Taiping-Banting) (WCE) dijangka pada akhir 2021, manakala jajaran terakhir Persimpangan Bertingkat Assam Jawa ke Persimpangan Bertingkat Tanjung Karang dijangka dibuka pada pertengahan Jun 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 23 2020
Sehingga Jun 2020, status kemajuan terkini adalah 49 peratus bagi fasa satu projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak. -Bernama
Qatar nilai semula peranan sebagai pengantara gencatan senjata Gaza
Qatar sedang menilai semula peranannya sebagai orang tengah dalam rundingan gencatan senjata antara Pejuang Hamas dan Israel.
UNSC akan mengundi Jumaat mengenai keahlian PBB Palestin
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC)dijadual mengundi atas permintaan Palestin untuk menjadi ahli penuh PBB, pada Jumaat.
Lebih 14,000 kanak-kanak dibunuh di Gaza, Israel telah mengalahkan Hitler - Presiden Turki
Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai yang merupakan aib dalam sejarah manusia, baik di Gaza dan Tebing Barat, tegas Erdogan.
14 orang cedera dalam serangan Hizbullah ke atas pusat komando Israel
Hizbullah sifatkan, serangan itu "sebagai tindak balas kepada pembunuhan beberapa pejuang penentangan."
Israel akan mempertahankan dirinya sendiri - Benjamin Netanyahu
Israel akan membuat keputusan sendiri dan akan melakukan segala yang diperlukan untuk mempertahankan diri.
Kerajaan Perak bantu pelajar bawa pulang kitab Turath
Kerajaan negeri Perak menghargai jasa pelajar tajaan MAIPk itu yang bersungguh-sungguh mengumpulkan khazanah berharga tersebut.
FAM mahu persatuan, kelab belia kreatif lahirkan pemain berkualiti
Negara tidak seharusnya terlalu bergantung kepada bakat di sekolah sukan atau Akademi Mokhtar Dahari dalam melahirkan bintang bola sepak.
Manja Man pengendali baharu Kelantan FC
Bekas pemain pertahanan itu yakin Kelantan memiliki bakat muda yang mampu dibentuk menjadi pemain bernilai bagi pasukan kembali digeruni.
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mac 2024.
Dewan Rakyat ditangguh selepas 19 hari bersidang
Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Feb lepas.
Parlimen: 2.1 juta murid manfaatkan penggunaan DELIMa
Inisiatif itu mengandungi pelbagai perkhidmatan, aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini.
Trend serangan siber meningkat - Gobind
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.
Parlimen: Cadangan pindaan Akta Rukun Tetangga sedang dikemas kini - Saraswathy
Beliau berkata pindaan itu akan memberikan lebih fokus kepada inisiatif rukun tetangga yang sedang dilaksanakan pada masa ini.
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi.
265 taska tempat kerja berdaftar dengan JKM tahun lepas
Sebanyak 265 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di tempat kerja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sepanjang tahun lepas membabitkan agensi kerajaan dan swasta.
Gaji guru Pasti: Semua kena patuh Akta Kerja 1955 - KPM
Sebelum ini, tular satu memo daripada JTKSM mengenai arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pasti.