Penantian hampir enam tahun bagi lebih 1,000 pembeli rumah teres di Taman Halaman Indah, Jawi untuk melihat projek perumahan yang diimpikan siap hampir ke penghujungnya.
Ia selepas keluhan mereka yang kecewa apabila projek itu terbengkalai mendapat perhatian Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin.
Zuraida yang meninjau tapak perumahan di Jawi itu memberi jaminan bahawa projek berkenaan akan disiapkan dalam tempoh terdekat.
Menurutnya, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) akan menjalankan pemeriksaan akhir pada 31 Mei ini sebelum Sijil Layak Menduduki (CCC) dikeluarkan dan kunci rumah diserahkan kepada pembeli.
"Selepas perbincangan kedua-dua pihak iaitu wakil penduduk dan juga wakil pemaju, perkara ini dah tertangguh begitu lama, dalam enam tahun. Tahun 2012 sepatutnya siap; pembeli risau.
"InsyaAllah, 31 Mei ini, pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai, akan buat pemeriksaan akhir dan akan dapat kunci," kata Zuraida.
Tambahnya, 170 permohonan bagi rumah kos rendah projek perumahan itu telah diluluskan manakala baki 290 permohonan akan disemak semula kelayakan mereka.
Pihaknya turut bersetuju untuk mengecualikan bayaran guaman kepada pembeli bagi memudahkan mereka menyelesaikan pembayaran akhir dan duti setem sebelum menerima kunci.
Sementara itu, penasihat persatuan pembeli projek perumahan itu, Mohd Fairuz Abdul Razak berkata pelbagai usaha dibuat bagi menyiapkan projek terbengkalai itu, namun gagal.
Dakwanya projek perumahan itu tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Indah Water.
Astro Awani
Sun May 27 2018
Zuraida yang meninjau tapak perumahan di Jawi itu memberi jaminan bahawa projek berkenaan akan disiapkan dalam tempoh terdekat. -Gambar fail
Nahas helikopter Lumut: Sambutan Ulang Tahun TLDM dibatal
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebaliknya ia akan diganti dengan majlis tahlil dan doa selamat yang akan diadakan Jumaat ini.
Laporan interim disiapkan secepat mungkin
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan, Laporan interim berhubung nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM Lumut, Perak ketika menjalani Latihan Raptai sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90 akan disediakan secepat mungkin.
KPM serah siasatan guru dipukul rakan sekerja kepada polis
Kementerian Pendidikan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kes seorang guru lelaki dipercayai memukul rakan sekerjanya di sebuah sekolah rendah di daerah Kemaman, Terengganu, Ahad lepas.
Tesla guna teknologi purba untuk selesai masalah Cybertruck
Rivet ialah teknologi yang telah digunakan oleh manusia sejak Zaman Gangsa lebih 4,000 tahun yang lalu.
Representasi mohon maaf dibuat atas cadangan Peguam Negara - Isham Jalil
Cadangan tersebut dibuat kepada peguam Isham beberapa minggu lalu, sebelum beliau bersetuju memandangkan kos guaman yang agak tinggi.
Gaza Freedom Flotilla: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal terpaksa ditukar - FFC
Terdapat kemungkinan pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla terpaksa ditukar.
AWANI Ringkas: Semua 10 mayat dihantar ke Hospital Permaisuri Bainun Ipoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pantau Belanjawan: Meningkatkan kecekapan, produktiviti perkhidmatan kesihatan
Pantau Belanjawan membawa perkembangan terkini tentang aplikasi perkhidmatan komunikasi kesihatan, MedPlanner.
Johor laksana sunat istisqa' dan khutbah khas
Kerajaan negeri memandang serius keadaan kemarau yang berlaku di beberapa tempat dalam negara khususnya di negeri Johor.
Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual hasil perlombongan di Tawau
Kerajaan Sabah juga telah menerima lima peratus royalti ke atas hasil jualan emas mentah berjumlah RM23.96 juta daripada lombong emas itu.
Projek PR1MA Port Dickson dijangka siap September ini - Zuraida
Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Port Dickson, Negeri Sembilan yang tertangguh sebelum ini, dijangka siap September depan.
Taraf Raya meterai MOU dengan MRL dan CCC berkaitan projek ECRL
Taraf Raya Sdn Bhd telah menandatangani MoU dengan Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC) berkaitan kerjasama dalam Projek ECRL di Pahang.
Kerajaan umum projek ECRL diteruskan
Kerajaan mengumumkan Projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) diteruskan dengan pengurangan sebanyak RM21.5 bilion dari kos pembinaan untuk fasa 1 dan 2.
Penantian 6 tahun pembeli rumah teres di Jawi bakal berakhir
Zuraida yang meninjau tapak perumahan di Jawi itu memberi jaminan bahawa projek berkenaan akan disiapkan dalam tempoh terdekat.
'Malaysia bantu China tubuh Pusat Kebudayaan di ibu negara' - Mas Ermieyati
Kerajaan akan membantu Kedutaan China di Kuala Lumpur dalam mencari panduan serta mendapatkan kelulusan yang bersesuaian untuk penubuhan Pusat Kebudayaan China (CCC) di ibu negara.