Penantian lapan bulan Hariyanti Amsi, 31, yang menunggu suaminya Mohd Ridzuan Ismail, 33, diselamatkan selepas diculik Abu Sayyaf pada Julai tahun lepas, berakhir dengan kegembiraan apabila diselamatkan pasukan keselamatan Filipina, tengah malam tadi.
Hariyanti ketika ditemui di kediamannya di Otentik Kampung Tanjung Batu Keramat begitu terkejut apabila diberitahu mengenai kejayaan operasi menyelamat suaminya dan dua lagi rakyat Malaysia yang diculik di Sulu.
"Betulkah sudah selamat? Ya Allah, inilah masa yang saya tunggu selama lapan bulan," katanya yang terus menitiskan air mata kerana tidak dapat menahan kegembiraan.
Katanya, anak perempuannya Nur Ain Sofia, 3, kerap memberitahunya bahawa ayahnya akan pulang ke pangkuan keluarga.
"Sejak seminggu lepas, anak saya kerap memberi saya semangat dan memberitahu ayahnya akan balik, dan itu menjadi penguat semangat saya.
"Tidak sangka, dia (suami) betul-betul balik, mungkin anak saya ada bermimpi sehingga berkata sebegitu. Saya tidak sabar untuk berjumpa dengan dia (suami).
"Sekiranya semua selesai saya berhajat mahu mengadakan kenduri doa selamat sebagai tanda kesyukuran Allah makbulkan doa saya dan atas kejayaan pihak berkuasa menyelamatkan suami saya," katanya dalam nada sebak.
Selain itu, ibu kepada tiga anak perempuan yang trauma dengan kejadian yang menimpa suaminya itu juga tidak mahu Mohd Ridzuan bekerja di laut selepas ini.
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) pagi tadi mengesahkan tiga kru kapal tunda Serudong Tiga yang diculik Abu Sayyaf pada 18 Julai di perairan Dent Haven di Lahad Datu berjaya diselamatkan pasukan keselamatan Filipina dalam satu operasi di Poblacion Punay, Panglima Estino di Sulu.
Tiga kru yang juga rakyat Malaysia itu adalah Mohd Ridzuan, Fandy Bakran, 27, dan Mohd Jumadil Rahim, 24.
Khamis lepas, dua daripada tiga kru bot yang diculik iaitu Tayudin Anjut, 46, dan Abdul Rahim Summas, 63, diselamatkan pasukan keselamatan Filipina dalam satu operasi di selatan republik itu.
Kedua-dua mereka kemudian selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang dari Manila malam tadi dan kini sedang menerima rawatan di Kuala Lumpur.
Sementara itu, usaha Bernama untuk menemui anggota keluarga Fandy dan Mohd Jumadil masing-masing di Tanjung Batu dan Taman Ria gagal kerana mereka tiada di rumah.
Bagaimanapun, kebanyakan jiran Mohd Jumadil di Taman Ria melahirkan rasa syukur selepas mendengar perkhabaran gembira tersebut.
Noriyanti Anwar, 32, berkata sejak melihat berita di televisyen mengenai Abd Rahim dan Tayudin, dia terfikir bagaimana pula dengan nasib Mohd Jumadil dan dua lagi mangsa culik kumpulan militan itu.
"Selepas itu, tiba-tiba baca berita bahawa Mohd Jumadil dan dua lagi mangsa berjaya diselamatkan, alhamdulillah," katanya.
Seorang lagi jiran Mohd Jumadil, Azman Isnani, 36, turut gembira mendengar berita itu selepas tiga kali tertipu dengan khabar angin menyatakan bahawa mangsa culik Abu Sayyaf sudah dibebaskan. -- Bernama
Bernama
Mon Mar 27 2017
Hariyanti Amsi, 31, bersama anaknya Nur Ain Sofia, 3, membuat panggilan bagi berkongsi berita gembira mengenai pembebasan suaminya Mohd Ridzuan Ismail, 33, yang diculik kumpulan Abu Sayyaf pada 18 Julai lepas. - Foto Bernama
Konflik Asia Barat: Ringgit dijangka kekal sekitar 4.78 berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit mungkin diniagakan dalam julat yang sama sekitar RM4.78 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, susulan situasi di Asia Barat.
Subsidi diesel bersasar: MOF dapatkan pandangan industri logistik mengenai skop, syarat
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican telah mengadakan perbincangan bersama industri logistik mengenai pelaksanaan program subsidi bersasar bagi diesel pada Jumaat.
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Husain menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Perintah berkurung di perairan ESSZone dilanjut sehingga 10 April
Perintah berkurung membabitkan perairan tujuh daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir esok, dilanjutkan sehingga 10 April ini.
Abu Sayyaf: Pasukan komando UTK digerakkan ke pantai timur Sabah
Tahap keselamatan di pantai timur Sabah akan dipertingkatkan termasuk menggerakkan satu pasukan komando Unit Tindakan Khas (UTK) bagi menangani isu berkaitan kumpulan Abu Sayyaf.
Pembuat bom Abu Sayyaf sah masih hidup - ESSCom
Pembuat bom yang juga sub ketua kumpulan Abu Sayyaf, Mudzrimar atau Mundi Sawadjaan yang dilaporkan ditembak mati Mei lepas di Filipina, disahkan masih hidup.
ESSCOM keluarkan 20 senarai suspek dikehendaki terbabit kes penculikan
ESSCOM hari ini mengeluarkan senarai terkini 20 individu warga Filipina yang dikehendaki kerana terbabit dalam kes penculikan untuk wang tebusan.
Kerajaan bangun pelan tindakan kebangsaan, tangani fahaman pelampau keganasan
Kerajaan sedang membangunkan Pelan Tindakan Kebangsaan Bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan (NAPPCVE).
Abu Sayyaf: Pemilik ladang perlu pastikan pekerja memiliki dokumen pengenalan diri - Polis
Hazani berkata, jika sukar memastikan pekerja memiliki dokumen yang sah, pemilik ladang perlulah mencari jalan untuk mendokumentasikan sendiri buruh mereka.
Dua anggota Abu Sayyaf maut, 11 ditahan rancang culik pemilik ladang kelapa sawit
Polis Keselamatan menggagalkan cubaan kumpulan militan Abu Sayyaf untuk melakukan penculikan untuk tebusan ke atas pemilik ladang kelapa sawit di sekitar Sandakan.
Polis Sabah tembak mati dua anggota Abu Sayyaf
Kedua-dua lelaki ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan.
Mesej Abu Sayyaf tangkap, potong anggota badan penduduk tidak benar - ESSCom
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menafikan dakwaan berlaku kejadian kumpulan Abu Sayyaf menangkap penduduk kampung dan memotong anggota badan.
Rumah jadi lokasi serang hendap pengganas Abu Sayyaf terhadap polis dimusnahkan
Enam rumah di kawasan hutan di belakang Taman Sri Arjuna, Beaufort yang menjadi lokasi serangan hendap pengganas Abu Sayyaf terhadap pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dimusnahkan.