Pencemaran bahan kimia: Syarikat Korea Selatan bantu tangani sisa Sungai Kim Kim

Pencemaran bahan kimia: Syarikat Korea Selatan bantu tangani sisa Sungai Kim Kim
Pihak Lotte Chemical Titan sentiasa mematuhi undang undang termasuk dalam urusan pelupusan bahan kimia dan sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa. - Foto Astro Awani
KUALA LUMPUR: Syarikat petro kimia Korea Selatan, Lotte Chemical Titan Holding Sdn Bhd membantu pihak berkuasa dalam usaha mengawal sisa kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.

Presidennya Lee Dong-Woo berkata syarikat itu turut menyediakan kelengkapan canggih untuk membersihkan kawasan sekolah yang tercemar selain menyediakan bantuan ambulans dan tenaga kerja.

“Kami sedih atas insiden ini dan kami sudah menyalurkan bantuan kepada sekolah dan kawasan perumahan,” katanya pada Forum Perniagaan Malaysia Korea Selatan pada Khamis.
BACA: Pencemaran bahan kimia: Hentikan segera operasi kilang!

Tambahnya pihak syarikat sedia mengerahkan kepakaran yang dimiliki dalam mengawal sisa kimia berdasarkan pengalaman luas syarikat itu.

“Kami sudah membantu untuk membersihkan sekolah yang terjejas.

“Kami belum berbincang sepenuhnya dengan kerajaan negeri untuk mencari penyelesaian terbaik kepada pencemaran tersebut,” katanya.

Tambahnya pihak Lotte Chemical Titan sentiasa mematuhi undang undang termasuk dalam urusan pelupusan bahan kimia dan sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa.



Tag: Lotte Chemical Titan, Lotte bantu bersihkan pencemaran sungai Kim Kim, Kilang Titan, Syarikat petro kimia Korea Selatan, Sungai Kim Kim, Lee Dong-Woo


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.