Empat ahli lembaga pengarah dan seorang pengurus sebuah syarikat membaiki jentera berat yang didakwa berhubung kes pembuangan bahan berbahaya ke dalam Sungai Gong, Rawang, masing-masing dibenarkan diikat jamin RM400,000 dengan seorang penjamin oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Norsharidah Awang membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan empat ahli lembaga pengarah yang juga adik-beradik - Yip Kok Wai, 53; Yip Kok Mun, 58; Yip Kok Kuin, 50 dan Yip Kok Wong, 60; serta pengurus bengkel berkenaan, Ho Voon Leong, 59, terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang tidak membenarkan mereka diikat jamin.
Beliau turut memerintahkan kelima-lima lelaki itu menyerahkan pasport masing-masing kepada mahkamah dan memberi amaran sekiranya mereka melakukan kesalahan ketika dalam tempoh jaminan, mahkamah akan menarik perintah jaminan itu.
Dalam penghakimannya, Norsharidah berkata beliau mengambil kira faktor seperti keseriusan kesalahan dihadapi kesemua tertuduh selain faktor kesihatan mereka serta bahaya yang menanti sekiranya kesalahan diulangi.
"Ini adalah kes serius yang mendapat perhatian ramai, oleh itu mahkamah membenarkan semua yang tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM400,000 tiap seorang dengan seorang penjamin, selain syarat tambahan kesemua tertuduh perlu serahkan pasport kepada mahkamah, dan jika kesalahan dilakukan ketika dalam tempoh jaminan, mahkamah akan tarik balik jaminan," katanya.
Kesemua tertuduh pada 17 September lepas, memfailkan semakan terhadap keputusan yang dibuat Hakim Mahkamah Sesyen Selayang, Syafeera Mohd Said.
Pada 15 September lepas, mereka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen itu atas dua pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka.
Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa melakukan khianat dengan menyebabkan bahan buangan yang mengandungi bahan berbahaya dari bengkel Yip Chee Seng & Sons Sdn Bhd dilupuskan ke dalam alur air yang akan mengalir ke dalam Sungai Gong dengan mengetahui bahawa ia akan menyebabkan susut bekalan air bagi minuman manusia.
Kelima-lima lelaki itu didakwa melakukan perbuatan itu di premis berkenaan di Kampung Sungai Dua, Rawang dekat sini antara 2 dan 3 September lepas mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima hingga 30 tahun dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mengikut pertuduhan kedua, mereka dengan niat bersama dituduh telah melepaskan bahan buangan mengandungi bahan berbahaya daripada bengkel sama ke dalam alur air yang akan mengalir ke sungai sama tanpa lesen, di tempat dan masa sama.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 25(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang memperuntukkan hukuman denda RM100,000 atau penjara hingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili kesemua tertuduh dalam hujahnya berkata, anak-anak guamnya seharusnya dibenarkan diikat jamin kerana tiada keterangan atau bukti yang menunjukkan bahawa mereka akan melarikan diri dan menganggu saksi.
"Responden (pihak pendakwaan) turut membangkitkan mengenai kes lama membabitkan syarikat Yip Chee Seng yang dikompaun oleh Jabatan Alam Sekitar, namun kami menghujahkan isu itu tidak sepatutnya dibangkitkan pada peringkat ini dan sepatutnya selepas sabitan. Tambahan pula, kes lama itu membabitkan syarikat bukan tertuduh, ia entiti perundangan yang berbeza sama sekali, tiada kena mengenai dengan tertuduh.
"Pihak kami turut memohon mahkamah mengambil kira keselamatan tertuduh, kesemuanya berumur 50 tahun ke atas yang ditahan di Penjara Bentong, apabila terdapat kira-kira 80 banduan diletak dalam kuarantin kerana COVID-19, selain keadaan dalam setiap sel ada antara 20 ke 30 orang, tiada penjarakan sosial (fizikal)," katanya dan menambah kesemua tertuduh turut mengalami masalah kesihatan yang memerlukan mereka bergantung sepenuhnya kepada rawatan dan ubat.
Akberdin berkata meskipun kesalahan di bawah Seksyen 430 Kanun Keseksaan tidak boleh dijamin, mahkamah mempunyai budi bicara untuk membenarkannya dan pihaknya memohon jumlah ikat jamin yang munasabah selain setiap tertuduh bersedia membayar jaminan RM100,000.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asnawi Abu Hanipah pula berhujah, meskipun mahkamah mempunyai budi bicara untuk membenarkan tertuduh diikat jamin, mahkamah perlu meneliti keseriusan kes itu yang telah menyebabkan 1.2 juta pengguna akaun air terjejas.
"Kelima-lima tertuduh juga perlu dikenakan syarat tambahan yang ketat dalam jaminan dan sekiranya mahkamah membenarkan mereka diikat jamin, mohon mahkamah mengguna pakai cadangan jumlah jaminan yang sama seperti dikemukakan di Mahkamah Sesyen (RM2 juta bagi setiap tertuduh)," katanya yang dibantu timbalan pendakwa raya Noor Husnita Mohd Radzi.
Media sebelum ini melaporkan, susulan pencemaran minyak daripada kilang itu pada 3 September lepas, empat Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas, menyebabkan 1,292 kawasan di tujuh wilayah sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 22 2020
Pada 15 September lepas, mereka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen itu atas dua pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka. -Bernama
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Hussein menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Meta lantik anak kelahiran Malaysia sebagai ahli lembaga pengarah
Hock Tan lahir di Pulau Pinang, dan telah bertugas di sejumlah syarikat sebelum ini, termasuk General Motors, dan PepsiCo. Beliau kini bertugas sebagai CEO syarikat Broadcom Inc.
Ahli lembaga pengarah terlibat projek sakit di Selangor disenarai hitam - Exco
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu bahawa kerajaan negeri telah mengambil tindakan terhadap pemaju bermasalah.
Separuh firma Jepun timbang lantik wanita sebagai ahli lembaga pengarah - Tinjauan
Pemegang saham di Jepun kini menggesa syarikat supaya membetulkan ketakseimbangan jantina dalam barisan lembaga pengarah masing-masing.
Barisan Ahli Lembaga Pengarah Juventus letak jawatan serta-merta
Pengerusi Juventus, Andrea Agnelli, dan keseluruhan ahli lembaga pengarah kelab meletakkan jawatan secara mengejut, awal pagi tadi.
Lembaga pengarah perlu kekal bebas, elak terlalu bergantung pada pengurusan - SC
Ahli lembaga pengarah bukan 'perhiasaan' dan jawatan berkenaan tidak harus dilihat sebagai satu keistimewaan atau kesempatan mendapatkan manfaat.
Wanita diseru fokus agenda perkasa wanita dalam pembangunan negara - Noraini
Noraini berkata wanita hari ini semakin berdikari, kuat, berani dan bukan lagi lemah serta hanya mengikut arahan.
Pengarah Eksekutif Perak Corp Bhd lepaskan jawatan
Peletakan jawatan Zainal Iskandar berlaku selepas beberapa peletakan jawatan oleh ahli lembaga pengarah lain bulan lepas.
Teleport sedia percepat operasi, umum ahli lembaga pengarah baharu
Pembukaan semula sempadan antarabangsa membolehkan Teleport menjalankan operasi sepenuhnya.
Malaysia mempunyai lembaga pengarah wanita tertinggi di Asia
Malaysia mempunyai peratusan tertinggi wanita sebagai ahli lembaga pengarah di Asia pada 26 peratus berbanding purata global sebanyak 19.7 peratus.
Azman Hashim bersara sebagai pengerusi berkuat kuasa 31 Mac - AmBank Group
AmBank Group mengumumkan bahawa Tan Sri Azman Hashim akan bersara sebagai Pengerusi dan ahli Lembaga Pengarahnya berkuat kuasa 31 Mac, 2022.