Seorang pendaki lelaki yang dilaporkan hilang ketika mendaki Gunung Gua Rimau, Kluang Johor sejak kira-kira jam 5 petang Sabtu lalu ditemui selamat.

Mohamad Nizam Ahmad Ansar, 29, ditemui selamat kira-kira jam 2.45 petang tadi oleh pasukan mencari dan menyelamat yang dilancarkan.

Ketua Operasi darI Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang, Inspektor Adzhan Mat berkata, Mohamad Nizal ditemui berdekatan dengan lokasi dia dilaporkan ketika turun dari gunung itu.

Dia hilang sejak kira-kira jam 5 petang Sabtu lalu ketika mendaki gunung bersama sekumpulan 35 rakannya, sempena cuti hujung minggu.

Kehilangan mangsa yang mendaki bersama 35 rakan hanya disedari jam 5 petang selepas terpisah daripada kumpulan berkenaan.

BACA: Pendaki sesat di Gunung Gua Rimau