Pendakwah agama dari luar negara melalui tapisan keselamatan dan diberikan tauliah sementara daripada pejabat mufti negeri sebelum berceramah di mana-mana negeri di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerajaan sentiasa memastikan penceramah dikenal pasti mengamalkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah serta tidak mempromosikan perpecahan dan perbalahan antara kaum dan agama lain.
"Sebagaimana yang kita sedia maklum, pendakwah Dr Zakir Naik merupakan seorang pendakwah terkenal dan mendapat tempat di seluruh dunia.
"Ceramah yang beliau jalankan juga langsung tidak mempromosikan perpecahan dan perbalahan malah setiap ceramah beliau sering dihadiri tokoh agama bukan Islam," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Ahmad Marzuk Shaary (PAS-Bachok) yang mahu kerajaan menyatakan pendirian berhubung kehadiran pendakwah terkenal Dr Zakir ke negara ini.
Ahmad Marzuk juga ingin tahu pendirian kerajaan terhadap bantahan kumpulan aktivis liberal tertentu yang dianggap menceroboh dan tidak menghormati perkara 3(1) Perlembagaan negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi.
Mengulas lanjut, Jamil Khir berkata Dr Zakir diterima di negara ini berdasarkan ketokohan beliau dalam keilmuan yang dimiliki dan mementingkan hujah-hujah ilmiah dan akademik serta fakta tepat dengan merujuk kepada sumber asli sesuatu agama dalam setiap ceramahnya.
Katanya Malaysia sendiri mengiktiraf ketokohan penceramah itu dan Dr Zakir pernah dianugerah sebagai tokoh Maal Hijrah Antarabangsa pada 2013.
Jamil Khir berkata kerajaan memilih untuk melaksanakan pendekatan berhikmah dalam memberikan penerangan dan penjelasan terhadap pihak yang mempersoalkan kehadiran penceramah ini.
"Kita juga melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan berdasarkan akta dan undang-undang sedia ada.
"Kita ambil langkah penerangan sewajarnya kerana ia melibatkan sensitiviti dengan berbilang kaum dalam negara ini yang boleh menimbulkan keresahan dan menjejaskan serta menggugat keharmonian beragama di dalam negara," katanya.
Menyentuh hal berkaitan, Jamil Khir berkata kemungkinan penolakan sesetengah pihak terhadap Dr Zakir adalah disebabkan pihak berkenaan tidak pernah menyertai sendiri majlis disertai penceramah itu.
"Namun kita lihat semakin lama semakin ramai yang menghampiri apa yang disampaikan oleh beliau dan setiap kali dijemput kita akan pantau keselamatan bagi memastikan tiada isu-isu sensitif dan menyentuh agama yang lain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 14 2017
JAMIL KHIR: Ceramah yang Zakir Naik jalankan tidak mempromosikan perpecahan dan perbalahan.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
Ceramah tumpuan malam kemuncak piket solidariti Palestin
Selain ceramah, antara pengisian lain ialah persembahan muzik dan pameran gegantung mempamerkan sejarah penindasan Israel.
PRK Pelangai: Polis Pahang rakam keterangan Muhammad Sanusi
Polis Pahang telah merakamkan percakapan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor, difahamkan berhubung kenyataan dibuat semasa ceramah pada 22 Sept lepas.
PRN: Dihalau dari ceramah PN, Dominic tak kecil hati
Dominic Lau tidak berkecil hati terhadap insiden yang menimpa dirinya itu selepas dihalau daripada menghadiri ceramah mega Perikatan Nasional (PN) di Permatang Sungai Dua.
PRN: 'Jangan sentuh 3R, mohon permit sebelum ceramah, kempen, walkabout' - KPN
Tan Sri Razarudin Husain mengingatkan semua parti politik agar memohon permit sebelum mengadakan sebarang kempen, ceramah mahupun walkabout.
PRN: Elak ceramah politik bangkitkan kemarahan, kebencian - Ahli akademik
Semua pihak yang terlibat dalam pilihan raya juga perlu berhati-hati agar tidak menjalankan kempen yang berbentuk mencipta kebencian.
Jangan jadikan masjid, surau di Negeri Sembilan pentas ceramah politik - MB
Ia bagi memastikan institusi berkenaan tidak disalah guna selain menjaga keharmoniannya, sekali gus memelihara kesucian agama Islam.
Jakim siasat pegawai didakwa hentam kerajaan
Jakim telah memanggil pegawainya untuk siasatan lanjut susulan penularan sebuah klip video ceramah yang berbaur kebencian.
Wakil rakyat ada tauliah dilarang ceramah di masjid, surau di Perak
Larangan itu selaras dengan titah Sultan Perak mengenai larangan terhadap orang politik.
PRU15: Polis keluarkan lebih 1,000 permit kempen, tahan tiga individu
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan sebanyak 1,301 permit bagi mengadakan ceramah sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) setakat semalam.
Hampir 1,000 permit ceramah PRU15 dikeluarkan setakat semalam - Bukit Aman
PDRM mengesan 72 ceramah tanpa permit iaitu 21 di N. Sembilan, Kuala Lumpur (15), Perak (14), Selangor (13), Kedah (5), Pahang (3) dan Kelantan (1).