Pendidikan bertaraf antarabangsa dan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi merupakan aspirasi popular golongan belia semasa dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Parlimen Setiawangsa.
Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsuddin yang bertindak selaku moderator dialog itu, berkata aspirasi tersebut adalah antara lebih 30 aspirasi yang dikumpul daripada 500 belia termasuk kakitangan kerajaan, persatuan penduduk dan pelajar institusi pengajian tinggi sekitar Setiawangsa.
"Belia di bandar ini mahukan silibus di peringkat universiti bertaraf antarabangsa seperti di Universiti Oxford dan seterusnya mampu mempersiapkan belia untuk memperoleh pekerjaan dengan mudah pada masa akan datang.
"Mereka juga mahukan pembiayaan pendidikan pada 2050 lebih mudah dan tidak membebankan pelajar untuk membayar semula pinjaman selepas tamat belajar," katanya selepas dialong tersebut malam tadi.
Mas Ermieyati berkata mereka juga mahu pendapatan dalam masa 30 tahun lagi meningkat secara drastik dengan waktu kerja yang fleksibel, sesuai bagi mengimbangi tekanan kerja pada waktu itu.
Selain itu, belia juga mengimpikan peluang memiliki kediaman dengan harga mampu dimiliki pada usia seawal 20 tahun bagi kesejahteraan hidup terutama yang sudah berkeluarga, katanya.
Dialog TN50 peringkat Setiawangsa itu turut dihadiri dua panel jemputan iaitu Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara Datuk Seri Abd Halim Abd Samad dan Anggota Parlimen Setiawangsa Datuk Ahmad Fauzi Zahari.
Selain dialog tersebut, aspirasi dan input mengenai TN50 daripada belia Setiawangsa turut dikumpul melalui saluran media sosial termasuk Facebook dan Instagram.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 16 2017
Mas Ermieyati berkata belia bandar mahu pendapatan dalam masa 30 tahun lagi meningkat secara drastik dengan waktu kerja yang fleksibel, sesuai bagi mengimbangi tekanan kerja pada waktu itu. - Gambar fail
Niaga AWANI: KL20: MyDIGITAL tingkat daya saing ekosistem startup
Ketua Pegawai Eksekutif, MyDIGITAL, Fabian Bigar berkongsi pandangan beliau berkenaan pembangunan ekosistem startup di Malaysia dan peranan MyDIGITAL dalam usaha tersebut seiring penganjuran KL20 baru-baru ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Mansuhkan undang-undang yang menindas hak asasi
Hakisan ruang sivik di Malaysia seperti yang dilaporkan dan tindakan keras yang diambil terhadap kebebasan asasi menuntut tindakan segera daripada kerajaan.
Niaga AWANI: Strategi pelaburan graduan muda di sebalik tekanan inflasi
Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi, UPM, Dr. Lau Wei Theng berkongsi tentang bagaimana graduan di Malaysia boleh meningkatkan literasi pelaburan di sebalik prospek ekonomi yang tidak menentu.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Prestasi Bursa Malaysia setakat 24 April 2024
Jumlah dagangan naik kepada 3.73 bilion unit bernilai RM2.79 bilion daripada 3.49 bilion unit bernilai RM2.53 bilion pada Isnin.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Ketidaktentuan pasaran global: Impak & Strategi Pelaburan di Malaysia
S&P 500 ditutup lebih rendah untuk tiga minggu berturut-turut, manakala Nasdaq yang terdiri daripada teknologi jatuh untuk minggu keempat berturut-turut. Bagaimana impak ketidaktentuan pasaran global memberi kesan kepada pasaran saham di Malaysia?
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Akaun 3 KWSP: Tingkat literasi kewangan, depani krisis persaraan
Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkongsi pandangan beliau berkenaan pelaksanaan Akaun 3 KWSP serta bagaimana pentingnya literasi kewangan dalam mendepani krisis persaraan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
EPL: Ten Hag anggap reaksi ke atas kemenangan MU umpama 'penghinaan'
Kemenangan yang diraih MU bukan sesautu yang memalukan, reaksi sesetengah pihak berlebihan, bidas Ten Hag.
Adira, Datuk Red bercerai talak satu
Rumah tangga Adira berakhir selepas suaminya, Adnan Abu melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat.
AWANI Pagi: Pembedahan aestetik - Mahu cantik tapi selamat
Trend untuk melakukan pembedahan plastik secara pantas, ringkas dan murah melalui individu tidak bertauliah adalah sangat merisaukan.
Ikuti diskusi AWANI Pagi bersama Pakar Bedah Plastik untuk ketahui tip dan kaedah mendapatkan rawatan yang selamat.
Ikuti diskusi AWANI Pagi bersama Pakar Bedah Plastik untuk ketahui tip dan kaedah mendapatkan rawatan yang selamat.
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei
Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down atau Bella.
Pendidikan dan peluang pekerjaan aspirasi popular belia
Aspirasi tersebut adalah antara lebih 30 aspirasi yang dikumpul daripada 500 belia termasuk kakitangan kerajaan, persatuan penduduk dan pelajar institusi pengajian tinggi sekitar Setiawangsa.