Pendirian Malaysia berhubung isu kemanusiaan di peringkat antarabangsa perlu dihormati, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata sehubungan itu, rakyat Malaysia harus berterima kasih terhadap sikap tegas dan keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berikutan kelantangannya membawa isu itu di peringkat dunia.
"Datuk Seri Najib dalam lawatan kerjanya bertemu Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di White House baru-baru ini, beliau telah berikan komitmen untuk perjuangkan nasib etnik Rohingya, ia bukan disebabkan agama tetapi disebabkan kemanusiaan.
"Selain itu, semalam, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu juga menyatakan perkara sama... dan tiga hari lepas semasa berada di Manila, saya juga turut menyuarakan pandangan sama malah pendirian saya lebih tegas kerana etnik Rohingya mereka juga manusia seperti kita, mereka bukan binatang dan mereka patut dibela," katanya dalam ucapan ketika majlis perasmian Program Ekspresi Negaraku peringkat negeri di sini, hari ini.
Turut hadir, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.
Justeru, Ahmad Zahid berkata masyarakat juga harus mengenepikan sebarang perbezaan pendapat memandangkan isu kemanusiaan merupakan soal sejagat, demi bangsa dan negara.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid sekali lagi menegaskan segala usaha yang dilakukan kerajaan persekutuan dan negeri adalah demi kesejahteraan generasi sekarang termasuk generasi akan datang.
Mengambil contoh isu kesihatan, beliau berkata kerajaan telah membelanjakan sejumlah wang yang banyak demi memastikan kesihatan rakyat Malaysia berada pada tahap yang baik.
"Sebuah negara yang menuju ke arah negara maju seperti Malaysia, Datuk Seri Najib telah letakkan asas dan acuan berhubung perbelanjaan kesihatan rakyatnya... mana ada orang pergi hospital bayar RM1 ditambah lagi apabila isteri bersalin dikenakan bayaran yang rendah berbanding hospital swasta.
"Di peringkat negeri pula, kerajaan Negeri Sembilan telah menjadi antara negeri yang berjaya sediakan (dasar) perumahan rakyat yang terbaik," katanya.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata rakyat hari ini mahu melihat apa yang dilakukan kerajaan dan bukannya hanya berpidato dan berretorik dengan perkataan indah semata-mata.
--BERNAMA
Bernama
Sun Sep 24 2017
Ahmad Zahid menegaskan segala usaha yang dilakukan kerajaan persekutuan dan negeri adalah demi kesejahteraan generasi sekarang dan generasi akan datang. - fotoBERNAMA
Sistem PADU selamat - Fahmi
Antara pihak yang terlibat dalam menguruskan keselamatan siber negara termasuklah Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Cybersecurity Malaysia.
Tumpuan Sabtu - 30 Mac 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
KPM pertimbang perjawatan warden bukan dalam kalangan guru
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedia mempertimbangkan untuk mewujudkan perjawatan warden bukan dalam kalangan guru di sekolah berasrama, dalam menangani pelbagai isu termasuk kes buli.
Seluruh Perlis, 30 kawasan lain catat suhu panas tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Suhu panas tahap satu atau berjaga-jaga merujuk kepada suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Louis Gossett Jr meninggal dunia pada usia 87 tahun
Louis Gossett Jr., lelaki kulit hitam pertama memenangi Anugerah Akademi sebagai pelakon pembantu terbaik, meninggal dunia pada usia 87 tahun.
Anggota polis maut dalam perjalanan bertugas
Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 6, Jalan Bahau-Kemayan tengah hari tadi.
Wanita Malaysia perlu peka terhadap golongan memerlukan - Dr Wan Azizah
Wanita di Malaysia perlu sentiasa peka dan membuat kebaikan kepada golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi pada Ramadan ini, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Reka bentuk PADU terbaik, selamat dan berkesan, bukan guna kaedah lapuk - DOSM
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menegaskan bahawa reka bentuk dan pembangunan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) adalah yang terbaik, selamat serta berkesan.
It’s About YOUth: Fostering inclusion for autism
Millions worldwide live with Autism Spectrum Disorder, but misunderstanding and stigma persist. Autism Behavioural Centre’s Charlene Marie Samuel and Consultant Psychologist Katyana Azman discuss overcoming these challenges to promote greater inclusion.
35 laluan bas Rapid KL terlibat penyelarasan operasi bermula hari ini
Sebanyak 35 laluan atau 13 peratus daripada keseluruhan 264 laluan bas Rapid KL di Lembah Klang termasuk bas perantara Laluan Transit Aliran Massa (MRT) terlibat dalam penyelarasan operasi.
RM57.15 juta untuk tingkat pengeluaran getah asli negara melalui Petara - Zahid
KKDW melalui RISDA memperuntukkan RM57.15 juta sebagai permulaan usaha meningkatkan pengeluaran hasil getah asli negara, melalui program Petara.
TPM, Jemaah Menteri ucap selamat menyambut Nuzul al-Quran
Ahmad Zahid berkata, al-Quran adalah petunjuk dan membimbing manusia ke arah kebaikan dan kebenaran serta meningkatkan keimanan.
KEDA perlu utamakan keberkesanan projek dilaksanakan - Ahmad Zahid
Peruntukan besar yang disalurkan kerajaan Persekutuan kepada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) harus disusuli dengan keberhasilan dan keberkesanan projek yang dilaksanakan.
Stoking tertera kalimah Allah: Ahmad Zahid minta semua pihak patuhi titah Agong
Ahmad Zahid menegaskan isu tersebut harus diselesaikan dengan sebaiknya supaya tidak timbul sebarang permasalahan, apatah lagi dikaitkan dengan sentimen 3R.
Bukan UMNO runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa bukan parti itu yang meruntuhkan Muafakat Nasional (MN).
22 juta umat Islam belanja RM5.4 bilion di bazar Ramadan - Ahmad Zahid
Justeru, Ahmad Zahid mengingatkan kepada umat Islam agar bersederhana ketika berbelanja pada bulan puasa dan mengelak pembaziran.
Presiden UMNO adakan pertemuan tertutup bersama 14 ketua bahagian di Kelantan
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama 14 Ketua UMNO Bahagian Negeri Kelantan.
KEB: 74 resolusi, 150 program dimuktamadkan hari ini - Ahmad Zahid
Resolusi dan program itu, telah dirangkumkan di bawah Transformasi Ekonomi Bumiputera.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Status permohonan perjawatan tetap APM diumum dalam masa terdekat - Ahmad Zahid
Status permohonan bagi perjawatan tetap anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) akan diumumkan dalam masa terdekat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.