Calon serba boleh dan dapat berkhidmat kepada rakyat menjadi pilihan utama pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong pada 8 Sept depan.
Tinjauan Bernama mendapati rata-rata masyarakat di situ lebih senang sekiranya wakil rakyat mampu menyelesaikan masalah mereka secara efisien dan cekap, tidak mengira parti politik.
Hal ini tercetus di hati mereka kerana walaupun Balakong terletak di pinggir ibu kota Kuala Lumpur, namun permasalahan tempatan seperti banjir kilat, peningkatan kes demam denggi dan jalan berlubang antara isu yang diharapkan penduduk Balakong dapat diselesaikan oleh wakil rakyat mereka dengan segera.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Baru Balakong, Aw Fui Koon , 50, berkata setiap kali apabila tibanya musim hujan, penduduk-penduduk di sini mula risau akan banjir kilat yang melanda ke kediaman mereka.
"Banjir kilat selalunya akan berlaku di sekitar pasar pagi dan kedai-kedai makan di sini, jadi apabila air mula naik peniaga-peniaga terpaksa mengangkat barang-barang mereka ke tempat lebih tinggi menyebabkan perniagaan mereka turut terjejas.
"Selain itu, masalah jalan berlubang sering membelenggu penduduk di sini apabila sering kali berlaku kemalangan kecil membabitkan motosikal dan pejalan kaki akibat jalan tidak rata.
"Kami sangat berharap agar wakil rakyat yang baharu ini dapat meneruskan usaha mendiang Eddie Ng (bekas Anggota DUN Balakong) dalam membangunkan projek tebatan banjir di Sungai Balak untuk mengatasi banjir kilat serta membaiki jalan-jalan berlubang," katanya kepada Bernama.
Suri rumah Yong Chiew Ping, 51, dari Taman Damai Impian, Cheras berharap agar wakil rakyat mereka dapat menyelesaikan isu kemudahan infrastruktur dan aspek keselamatan di kawasan perumahan yang didiaminya secara efisien dan cekap.
"Misalnya, pokok-pokok yang ditanam oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah tumbang akibat ribut baru-baru ini mengakibatkan beberapa buah kereta telah rosak, termasuk kereta saya dan kami tidak tahu saluran mana yang harus kami gunakan kerana MPKj tidak mempedulikan aduan kami.
"Kami memilih wakil rakyat adalah untuk membantu kami menyelesaikan masalah setempat secara efisien, apabila membuat aduan segera mengambil tindakan, sekiranya perkara ini tidak boleh ditangani dengan segera kami khuatir keselamatan dan ketenteraman kami terancam," katanya.
Suri rumah Michelle Yu, 43, dari Kampung Baharu Sungai Chua berharap wakil rakyatnya dapat sentiasa turun padang untuk memahami permasalahan mereka terutamanya isu sampah sarap, sistem perparitan dan kes demam denggi.
Katanya kes demam denggi di kawasannya turut meningkat menyebabkan beliau sekeluarga terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga terutamanya pada waktu malam.
"Apabila tibanya waktu malam, rumah kami dipenuhi banyak nyamuk dan anak-anak saya terpaksa menyapu ubat nyamuk setiap malam untuk tidur sekiranya tidak kulit mereka akan dipenuhi kesan gigitan dan gatal pada keesokkan harinya.
"Hampir setiap minggu akan ada jiran-jiran yang dijangkiti demam denggi dan dimasukkan ke hospital dan saya berharap agar masalah sampah-sarap dan sistem perparitan di kawasan ini dapat dipertingkatkan oleh bakal wakil rakyat kami," katanya.
Pemilik kafe Rocky Lee , 29, dari Kampung Baharu Batu 11, Cheras berkata kebajikan penduduk harus dititikberatkan dan kurangkan bermain isu politik sekiranya calon itu mahu dipilih sebagai wakil rakyat mereka.
"Penduduk kawasan kampung misalnya, mereka mahu wakil rakyat mereka 'cakap serupa bikin', dan bukannya hanya bercakap sahaja dan mempolitikkan isu namun masalah penduduk mereka mengabaikannya.
"Sekiranya wakil rakyat itu merupakan anak tempatan dan kenalan kami, ia sangat memudahkan kerana kami sudah kenal dan sangat senang untuk mendapatkan bantuan daripada mereka," katanya.
Menurut portal Suruhanjaya Pilihan Raya, DUN Balakong mempunyai 62,219 pengundi dengan 61.07 peratus pengundi Cina, 29.25 peratus Melayu, 8.79 peratus India dan 0.79 peratus bangsa lain.Kawasan itu antaranya meliputi Bandar Tun Hussein Onn, Kampung Baharu Balakong, Kampung Baharu Batu 11, Cheras, Cheras Jaya, Taming Jaya serta Simpang Balak.
PRK DUN Balakong bakal menyaksikan pertembungan antara calon Pakatan Harapan yang juga Timbalan Setiausaha Wanita DAP Selangor Wong Siew Ki, 32, serta calon MCA Tan Chee Teong, 40 iaitu Ketua Pemuda Cawangan Batu 11, Cheras.
Ia diadakan berikutan kematian penyandangnya, Eddie Ng Tien Chie dari DAP dalam satu kemalangan jalan raya, 20 Julai lepas.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, mendiang Ng menewaskan calon Barisan Nasional, Lim Chin Wah dan Mohamad Ibrahim Ghazali (PAS), dengan majoriti 35,538 undi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 27 2018
Penduduk tempatan di kawasan DUN Balakong meluangkan masa bersama dengan bermain 'Dam Cina' ketika tinjauan di sekitar Pekan Batu 11, Cheras, 26 Ogos, 2018. --fotoBERNAMA
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.