Pelancaran perkhidmatan fasa dua Transit Aliran Massa (MRT) laluan Semantan-Kajang, Isnin ini, sudah pasti membawa sinar baharu dalam kehidupan penduduk Kajang dan kawasan sekitarnya yang berulang-alik mencari rezeki di ibu negara.
Teruja dan gembira kerana ia dapat memberi kesan kepada kos sara hidup serta keselesaan kepada kehidupan harian, itulah antara reaksi penduduk di sini yang bekerja di ibu kota.
"Lebih banyak jimat duit dan masa jika menggunakan perkhidmatan ini," demikian menurut seorang pekerja swasta, Kamarulzaman Kamaruddin yang berulang-alik lebih 20 tahun dari rumah di Taman Selamat di sini ke tempat kerja di KL Sentral.
Beliau menjangka mampu berjimat lebih RM200 sebulan serta menjimatkan masa perjalanan lebih dua jam sehari jika menggunakan perkhidmatan MRT.
"Kebiasaannya bila guna kereta, saya membelanjakan kira-kira RM350 sebulan bagi duit minyak dan tol, jumlah itu hanya untuk hari bekerja.
"Lepas ini, bila naik MRT saya hanya perlu membayar RM128 sebulan bagi perjalanan dari stesen Sungai Jernih ke stesen Muzium Negara," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Stesen Sungai Jernih di sini.
Pekerja swasta berumur 48 tahun itu berkata penjimatan sebanyak RM222 itu sangat bermakna kepada dirinya dan keluarganya.
Di samping itu, perjalanan sehala dengan MRT dari Stesen Sungai Jernih ke Stesen Muzium Negara kira-kira 40 minit sahaja berbanding kira-kira dua jam sekiranya menggunakan kereta, katanya.
Tinjauan Bernama di Kajang hari ini, mendapati rata-rata masyarakat di sini tidak sabar hendak menggunakan perkhidmatan tren tersebut dan berterima kasih kepada kerajaan kerana mewujudkan sebuah perkhidmatan pengangkutan yang yang bakal meringankan beban kehidupan harian mereka.
Penduduk Kajang yang bekerja di ibu kota terpaksa berhadapan dengan masalah kesesakan lalu lintas yang kadang-kala memakan masa antara sejam sehingga lebih dua jam sedangkan jarak antara Kuala Lumpur dan Kajang hanyalah 30km yang sepatutnya memakan masa kurang daripada 40 minit.
"Saya tidak sabar untuk menggunakan perkhidmatan MRT untuk ke tempat kerja, lagipun pada usia ini saya sudah tidak larat untuk memandu lama-lama.
"Saya bersyukur sangat kerana ada stesen MRT yang berdekatan tempat kerja saya," kata Kamarulzaman.
Beliau, yang turut meninjau di stesen itu hari ini, berhasrat menggunakan wang penjimatan lebih RM200 sebulan itu untuk dikumpulkan agar boleh digunakan untuk tujuan membawa keluarga melancong.
"Bila guna MRT nanti, saya boleh luangkan masa untuk menghantar anak ke sekolah sebelum saya pergi kerja. Sebelum ini, isteri saya terpaksa uruskan hal tersebut," katanya.
Bagi pekerja swasta, Siti Norbayah Jamil, 31, mengharapkan kemudahan MRT laluan Semantan-Kajang yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 17 Julai ini dapat meredakan kesesakan trafik sedia ada khususnya di jalan-jalan utama.
"Jika MRT menjadi pilihan kebanyakan masyarakat Kajang, saya percaya ia sedikit sebanyak membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di sini yang kritikal terutama pada waktu puncak ekoran populasi di Kajang kian bertambah.
"Selain mengurangkan kesesakan, ia juga menjimatkan masa dan mengurangkan tekanan akibat berada terlalu lama di atas jalan," katanya.
Aliza Yasmin Shahbudin, 20, yang menuntut jurusan mekanikal dan kejuruteraan elektrik di Yayasan Pelajaran MARA di Beranang, di sini, berkata kemudahan MRT itu memberi kelegaan buatnya apabila perjalanannya pulang ke rumahnya di Taman Maluri, Cheras semakin mudah dan cepat.
"Selama ini saya menaiki komuter di Kajang dan turun di KL Sentral, kemudiannya saya naik tren aliran lain dan menggunakan bas untuk sampai di rumah, di Maluri, Cheras. Keadaan ini memakan masa yang panjang sehingga pernah memakan masa hampir tiga jam.
"Saya sangat teruja bila dapat tahu ada perjalanan secara terus dari stesen MRT di Kajang ke stesen MRT Maluri, lepas ini perjalanan menjadi lebih mudah kerana tidak perlu bertukar-tukar pengangkutan awam, kata Aliza yang kerap ke ibu negara bagi mendapatkan bahan rujukan berbahasa Jepun.
Projek MRT itu turut mendapat reaksi positif daripada peniaga berhampiran stesen dengan pengurus sate terkemuka di sini, Sardi Salim, berkata pengangkutan itu memudahkan warga tempatan dan pelancong untuk berkunjung ke restorannya tanpa memandu dan memikirkan masalah kekurangan ruang parkir.
"Saya yakin kemudahan ini sedikit sebanyak akan membantu melonjakkan jualan perniagaan kami yang bermula sejak 1992," katanya yang kedainya berdepan dengan Stesen Stadium.
Pembukaan fasa kedua laluan Semantan-Kajang sepanjang 30km, ini akan melengkapkan Laluan Sungai Buloh-Kajang (Laluan SBK) sepanjang 51km dengan melalui kawasan berpopulasi tinggi seperti Kajang dan Cheras serta destinasi popular pelancong seperti Muzium Negara dan Pasar Seni.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 14 2017
MRT Semantan-Kajang yang akan dirasmikan pada 17 Julai ini. Fasa Dua MRT Semantan-Kajang sejauh 30 kilometer itu akan melalui kawasan berpopulasi tinggi seperti Kajang dan Cheras. -- fotoBERNAMA
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
[TERKINI] Ketua Polis Negara paling lama meninggal dunia
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohamed Hanif Omar, meninggal dunia pada usia 85 tahun di kediamannya di Shah Alam pada 2.15 pagi Sabtu.
Pasangan suami isteri tidak sangka dua kali tolak tawaran, masih ada rezeki tunai haji tahun ini
Selepas surat tawaran berada di dalam tangan, dia dan isteri giat membuat persiapan demi memastikan mereka memperoleh haji yang mabrur.
Lelaki bertindak bakar diri di luar Mahkamah New York
Seorang lelaki bertindak membakar dirinya di luar mahkamah New York di mana perbicaraan bagi kes bekas presiden Amerika syarikat Donald Trump sedang berjalan
'Saya tak sanggup tengok video itu'
Luahan Samad Bakar,kepada Shahril Samad yang meninggal dunia dipercayai akibat dipukul serta diikat sekumpulan lelaki susulan kemalangan.
Dua lelaki ditahan pukul warga emas disyaki sebabkan kemalangan
Polis menahan dua lelaki kerana disyaki memukul seorang warga emas yang dipercayai menyebabkan kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kajang.
Najib Razak positif COVID-19
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan dijangkiti COVID-19 pada Rabu.
Budak lemas dalam kolam renang, abang tiri diberkas
Seorang lelaki diberkas berkaitan kes seorang kanak-kanak perempuan berumur empat tahun yang maut akibat lemas dalam kolam renang di sebuah apartment di Bangi, 13 September lalu.
Lelaki disyaki pukul isteri hingga mati ditahan bersembunyi di Johor
Hussein berkata dalam serbuan itu, polis turut merampas beberapa peralatan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.
Pemuda didakwa rogol wanita warga emas
Seorang pemuda mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan merogol seorang warga emas berusia 71 tahun di sebuah rumah, dua bulan lalu.
KDN rampas 1,332 unit al-Quran, 'speaker plug' tidak mempunyai kelulusan
KDN merampas 1,332 unit naskah al-Quran elektronik serta 'speaker plug' bernilai kira-kira RM55,000 yang tidak mempunyai kelulusan.
Polis buru tiga lelaki bantu siasatan kes bunuh di Kajang
Polis sedang berusaha mengesan tiga lagi suspek kes bunuh seorang lelaki di Pangsapuri Jade Hill, Kajang pada Sept 2020.
Juruteknik mengaku bersalah tumbuk muka, lengan adik perempuan
Seorang juruteknik mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menumbuk muka dan lengan adik perempuannya minggu lepas.
Jurulatih wushu ditahan disyaki cabul dua pelajar bawah umur
Polis menahan seorang jurulatih wushu kerana dipercayai melakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak perempuan, Isnin lepas.