Gempa bumi lemah bermagnitud 4.2 pada skala Richter yang melanda Lahad Datu, petang tadi turut mengakibatkan beberapa kawasan di daerah Kunak dan Semporna merasai gegarannya.
Seorang guru, Aslina Ali, 30, berkata beliau dapat merasakan gegaran hampir seminit ketika berada di rumahnya di perumahan Sekolah Menengah Kebangsaan Tagasan, di sini.
"Saya sedang mengemas rumah kerana baru balik dari kampung setelah seminggu cuti persekolahan sebelum gegaran itu dirasai kira-kira pukul 5.30 petang.
"Setelah itu saya berlari keluar rumah sehingga gegaran berhenti," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, seorang penduduk di Kampung Airport, Kunak, Dian Awang berkata beliau turut merasai gegaran kecil selama 10 saat.
"Pada mulanya saya ingatkan adik-adik yang berlari di atas rumah, tetapi apabila tidak melihat sesiapa yang berlari, saya keluar untuk melihat keadaan sekitar tetapi tidak ada apa-apa berlaku.
"Saya hanya sedar ketika membaca berita di Facebook menyatakan ada gempa bumi lemah di daerah Lahad Datu lewat petang tadi," katanya.
Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan berkata, pusat gempa itu terletak pada 4.8 darjah utara dan 118.6 darjah timur, iaitu 38 kilometer timur laut Kunak dengan gegaran turut dirasai di Tawau dan Sandakan pada pukul 5.30 petang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 26 2017
Gempa bumi lemah bermagnitud 4.2 pada skala Richter yang melanda Lahad Datu, petang tadi turut mengakibatkan beberapa kawasan di daerah Kunak dan Semporna merasai gegarannya.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
Penduduk Kunak, Semporna rasai gegaran gempa di Lahad Datu
Pusat gempa itu terletak pada 4.8 darjah utara dan 118.6 darjah timur, iaitu 38 kilometer timur laut Kunak dengan gegaran turut dirasai di Tawau dan Sandakan pada pukul 5.30 petang.