Seorang lelaki terkejut sebaik sahaja membuka pintu pagi ini, apabila menerima kedatangan 'tetamu tidak diundang' di hadapan rumahnya di Kampung Sungai Pau, dekat sini.

Reptilia berbisa sepanjang tiga meter itu bagaimanapun berjaya ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sik yang menerima panggilan dari penduduk kampung.

Mereka mengambil masa lebih 10 minit menjinakkan ular seberat lapan kilogram itu yang telah lari bersembunyi di dalam longgokan kayu di bawah atap zink di hadapan rumah.

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sik, Lt (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah, haiwan itu akan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan lanjut.

BACA: 'Bila buka, ular tedung dah depan pintu' - Penduduk terkejut sambut 'tetamu tak diundang'

BACA: 'Benda panjang' bawah katil disangka tali, rupanya ular

Katanya, hari ini sahaja, APM Sik menerima dua kes melibatkan tangkapan ular tedung selar di dua lokasi berbeza.

Beliau menasihati orang ramai supaya berhati-hati berikutan cuaca kering yang mengundang haiwan berbisa mencari tempat redup dan sejuk untuk berteduh.

BACA: Cuaca panas buatkan ular merayap cari tempat berteduh

BACA: Ekoran cuaca panas, tiba-tiba 'ular' muncul depan mata