Orang ramai yang membanjiri Dataran Bandar Sibu Fasa 1 untuk menyaksikan acara terjun Sibu BASE Jump 2017 gempar apabila seorang penerjun tersasar dari kawasan pendaratan ketika melakukan terjunan tengah hari tadi.
Ben Gingold, 25, dari United Kingdom itu mendarat di atas bumbung laluan pejalan kaki berhampiran Wisma Sanyan setinggi 126 meter yang menjadi platform bagi acara terjun itu.
Mangsa yang mengalami luka di tangan kanan diturunkan oleh anggota Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Pertahanan Awam sambil dibantu penerjun yang lain.
Dia kemudiannya dibawa ke sebuah bilik rawatan khas di situ sebelum dihantar ke Hospital Sibu.
Acara itu sempena Tahun Melawat Sibu 2017 dianjurkan Kumpulan Petugas Pelancongan Bahagian Sibu dengan penyertaan 90 penerjun dari luar dan dalam negara.
Dalam terjunan ujian Jumaat lalu, penerjun Australia, Gary Favre, 42, cedera pada kaki dan pahanya selepas beliau melanggar dan tersangkut pada tingkap kaca Tingkat 15 Wisma Sanyan.
Semalam pula penerjun Kanada, Braden Dean, 31, mengalami sakit belakang apabila mendarat di dataran tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 24 2017
Dua peserta 'Sibu BASE Jump 2017' meluncur di udara melintasi bangunan Wisma Sanyan setinggi 126 Meter yang menjadi platform acara terjun di Sibu, hari ini, 24 Sept, 2017. --fotoBERNAMA
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
Nahas helikopter: JKM Perak beri bantuan kaunseling kepada keluarga mangsa
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel
Peguam, Huwaida Arraf memaklumkan misi ini akan melalui perairan antarabangsa sebelum memasuki kawasan perairan Palestin.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumi
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Lapan mangsa selamat dikebumi
Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis pengebumian lapan daripada 10 jenazah mangsa nahas berkenaan.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Sukan SEA: Enrique penuhi misi sapu bersih acara terjun
Penerjun negara, Enrique Maccartney Harold memastikan dominasi Malaysia dalam menyapu bersih semua acara terjun selepas meraih emas acara 10 meter (m) plaftorm pada temasya Sukan SEA 2023.
Tze Liang cabar penerjun muda teruskan legasi Malaysia di Sukan SEA
Tze Liang mengingatkan agar rakan sepasukan bekerja lebih keras bagi mengekalkan dominasi Malaysia di kolam renang dalam temasya dwitahunan itu.
Sukma MSN: Gabriel Gilbert harap penyertaannya beri inspirasi buat penerjun muda
Gandingan Gabriel Gilbert-Julfaddli muncul penerjun terbaik dengan menghimpunkan 317.37 mata untuk bergelar juara.
Sukan Komanwel: Gandingan Nur Dhabitah-Yan Yee butir pingat perak
Nur Dhabitah-Yan Yee menamatkan saingan dengan keseluruhan 299.85 mata.
Gabriel-Syafiq menang perak acara lelaki 3m papan anjal seirama
Gabriel-Muhammad Syafiq mengumpulkan 376.77 mata selepas enam terjunan untuk membawa pulang pingat perak.
Sukma 2022: Pandelela dakwa acara terjun tidak tersenarai 'atas alasan politik'
Pandelela memaklumkan, acara yang menjadi sasaran pingat emas bagi negeri Bumi Kenyalang itu tidak tersenarai atas sebab politik.
Sukan SEA: Nur Dhabitah tolak tepi impian sumbang emas pertama negara
Nur Dhabitah mengakui tidak memikirkan mengenai perkara itu kerana enggan meletakkan sebarang tekanan ke atas dirinya.
Pandelela tidak patah semangat, mahu terus beraksi di Paris
"Saya tidak akan berputus asa kerana ini bukan Olimpik terakhir saya."
Tokyo 2020: Malaysia kini bergantung kepada lima atlet capai sasaran
Memasuki hari ke-11 berlangsungnya Sukan Olimpik Tokyo 2020, tiada atlet Malaysia yang bertanding bagi merebut pingat hari ini.
Olimpik: Idam emas, tetapi perlu realistik - Pandelela
Pandelela Rinong merasakan sasarannya untuk meraih pingat emas Olimpik bukanlah satu sasaran yang realistik.