Pengalaman 40 tahun dalam kerajaan dan politik yang dimiliki Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu membawa Malaysia ke arah lebih baik khususnya dalam usaha memulihkan kembali ekonomi dan imej negara, kata penganalisis politik.
Bekas Pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata rekod dan prestasi baik yang ditonjolkan Muhyiddin sebelum ini tidak dapat diragukan.
"Pemilihan ini (pelantikan perdana menteri) tidak boleh disangkal. Beliau adalah orang yang tepat. Justeru, rakyat perlu memberi sedikit masa untuknya membuktikan beliau mampu mentadbir negara," katanya ketika dihubungi Bernama, pada Selasa.
Ahmad Atory berkata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu perlu diberikan ruang dan kepercayaan untuk membentuk barisan Kabinet seperti yang dijanjikan dalam ucapan sulungnya pada 2 Mac iaitu melantik anggota jemaah menteri dalam kalangan individu yang bersih, berintegriti dan berkaliber.
"Rakyat sentiasa menunggu janji untuk mengangkat menteri Kabinet yang profesional dan tidak terlibat dalam rasuah. Saya yakin, jika kita dapat beri sedikit masa, beliau (Muhyiddin) akan dapat mencari orang yang tepat dalam kalangan ahli parlimen yang tidak terlibat dalam rasuah," katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia Fahami Asrof Badaruddin berkata Muhyiddin merupakan individu yang layak dalam membuat dasar-dasar berkaitan pendidikan memandangkan beliau mempunyai pengalaman menerajui Kementerian Pendidikan sebelum ini.
"Sebagai bekas Menteri Pendidikan dia orang yang tahu apa yang terbaik untuk cikgu-cikgu dan pelajar," katanya ketika mengulas ucapan Perdana Menteri itu pada Isnin yang berjanji akan berusaha untuk melonjakkan lagi kualiti pendidikan negara selain memastikan taraf pendidikan setanding dengan negara-negara maju.
Fahami dalam pada itu berharap Perdana Menteri kelapan itu memberi tumpuan kepada pembangunan belia di negara ini selain menunaikan janjinya dalam melantik anggota jemaah menteri dalam kalangan individu yang bersih, berintegriti dan berkaliber.
Sementara itu, Ketua Bahagian Bersatu Putrajaya Datuk Seri Erwan Mohd Tahir dalam kenyataan berkata Muhyiddin adalah seorang yang tegas dalam menentang amalan rasuah dan ia dibuktikan apabila Ahli Parlimen Pagoh itu sanggup mengorbankan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri sebelum ini semata-mata kerana menentang rasuah.
"Bukti ini tidak dapat dinafikan. Rakyat juga berharap beliau akan menggembleng tenaga untuk membasmi jenayah yang kini nampaknya makin menjadi-jadi," katanya.
Beliau dalam pada itu turut berharap pasukan elit Polis Diraja Malaysia antaranya Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) diwujudkan semula dalam usaha membendung jenayah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 03 2020
Sebagai bekas Menteri Pendidikan, Muhyiddin tahu apa yang terbaik untuk cikgu-cikgu dan pelajar, kata Timbalan Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia. - Gambar fail
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Pengalaman luas bantu Muhyiddin tadbir negara dengan baik
Rekod dan prestasi baik yang ditonjolkan Muhyiddin sebelum ini tidak dapat diragukan.
Kabinet terbubar, terserah kepada Agong buat keputusan - Penganalisis Politik
Ahmad Atory berkata dalam kemelut politik negara ketika ini, beliau berpendapat Pilihan Raya Umum (PRU) tidak diperlukan.
'UMNO perlu kaji semula maksud politik wang' - Ahmad Atory
UMNO perlu mengkaji semula terma politik wang berunsur pemberian ikhlas atau dibalas dengan sokongan semasa pemilihan parti kelak.
'DAP mungkin ajak MCA dan Gerakan buat parti orang Cina'
Keretakan hubungan di dalam Pakatan Rakyat sehingga menyebabkan DAP mengambil keputusan untuk keluar dilihat langkah awal yang memungkinkan penubuhan parti khusus untuk orang Cina.
Kekebalan Ahli Parlimen: Jangan biarkan tragedi 13 Mei berulang - Dr Jayum
Tragedi berdarah rusuhan kaum 13 Mei 1969 disifatkan tidak mungkin berulang jika tertib berbahasa melibatkan ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara sentiasa dijaga demi kemakmuran dan keharmonian kaum.
Pas berdepan musuh dalaman - Penganalisis politik
Pasma dilihat menjadi antara punca perpecahan dalaman Pas iaitu antara pendukung ideologi Islam dan Anwarinas.