Pengamal media perlu menggunakan sebaiknya kebebasan media yang diberikan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekarang untuk menghasilkan laporan berita yang mampu meningkatkan tahap pemikiran yang kritis.
Penasihat khas media dan komunikasi Perdana Menteri Datuk A.Kadir Jasin berkata pengamal media perlu lebih ikhlas menghasilkan berita yang menguntungkan masyarakat meskipun ia tidak menarik mahupun sensasi.
"Media kini dilihat lebih terpengaruh dengan sensasi sehingga ia menjadi makanan dan hidangan dalam era media baharu.. kita tidak boleh terikut-ikut dengan teknologi...
"Kita kena utamakan laporan yang menguntungkan masyarakat walaupun ia tidak menarik," katanya ketika ditemui pemberita selepas menutup 'The International Communication Association (ICA) Regional Conference 2018' di sini hari ini.
Mengambil contoh isu pemakaian warna kasut dan stoking pelajar sekolah yang ditimbulkan Menteri Pendidikan Maszlee Malik, beliau berkata media terlalu mensensasikan isu itu, sebaliknya ada perkara asas yang lebih penting di kementerian pendidikan yang boleh dilaporkan.
Kadir berkata media perlu menjadi pembantu dan pembetul arah kepada barisan menteri Kabinet PH dalam era pentadbiran pada masa sekarang.
Katanya ini kerana sesetengah pengamal media mempunyai pengalaman yang lebih lama berbanding menteri PH yang kebanyakannya masih baharu.
"Wartawan boleh menjadi 'guru' dengan berkongsi pengalaman yang ada pada mereka," katanya.
Beliau juga tidak mahu wartawan terikut-ikut dengan sesetengah menteri yang tidak pandai berhujah, sebaliknya lebih banyak melaporkan berita yang meningkatkan taraf perbahasan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 25 2018
Datuk A Kadir Jasin berucap pada Persidangan Serantau Persatuan Komunikasi Antarabangsa (ICA) 2018 anjuran Universiti Teknologi Mara di Pusat Konvensyen dan Resort INTEKMA (IRCC), Seksyen 7 hari ini. - Foto BERNAMA
Rasuah: Kakitangan Pejabat Perikanan Perlis direman empat hari
Seorang kakitangan Pejabat Perikanan Perlis direman empat hari untuk membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah secara bulanan daripada sebuah syarikat.
28,531 calon UPKK 2023 raih 8A
28,531 daripada 230,580 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya catat keputusan cemerlang A dalam kesemua lapan mata pelajaran.
Dua individu ditahan bantu siasatan minta, terima sogokan daripada firma guaman
SPRM menahan dua individu selama empat hari bagi membantu siasatan berkaitan penerimaan wang suapan daripada beberapa firma guaman.
Operasi PeWA: JPJ Pulau Pinang sita 22 kenderaan, keluar 63 saman
JPJ Pulau Pinang menyita 22 kenderaan yang dipandu warga asing dalam Ops Khas Pemandu Warga Asing (PeWA) di Bulatan Tun Hussain Onn, Seberang Jaya.
Lisa BLACKPINK beli rumah ‘tersorok’ di Beverly Hills, harga RM19 juta
Tidak ada yang mengejutkan apabila Lisa BLACKPINK telah menambah satu lagi aset berbentuk kediaman.
Stoking tertera kalimah Allah: Hukuman penjara, denda terhadap Wai Loong dibatalkan
Hakim membenarkan semakan difailkan tertuduh supaya pengakuan bersalah dibuatnya atas pertuduhan berkenaan, bukan akuan jelas dan tanpa bersyarat.
[TERKINI] Letusan Gunung Ruang: Indonesia keluar amaran tahap tertinggi
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan amaran keselamatan ke tahap tertinggi selepas Gunung Ruang yang meletus beberapa kali di Kepulauan Sangihe kelmarin, mengeluarkan asap setinggi lebih 1.6 kilometer (km) sehingga memaksa ratusan penduduk dipindahkan.
Mengenang sumbangan dan jasa Joseph Kurup
Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah, Dr Romzi Ationg berkongsi pandangan dan memperingati sumbangan dan jasa mendiang Joseph Kurup.
Ronaldo digantung dua perlawanan kerana berkelakuan ganas
Cristiano Ronaldo digantung dua perlawanan kerana menyiku lawan dan mengancam menyerang pengadil selepas Al Nassr tewas kepada Al Hilal.
PBAPP akan lepas air dari EMD jika Sungai Muda terus menyusut
PBAPP boleh melepaskan maksimum 600 juta liter air mentah sehari (JLH) dari EMD yang berfungsi sebagai sumber sokongan kemarau apabila Sungai Muda terus menyusut berikutan cuaca kering.
'Pemenjaraan Najib bukan sebab untuk rakyat gembira' - Kadir Jasin
Pemenjaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa individu kenamaan lain serta perbicaraan kes-kes rasuah berprofil tinggi bukanlah sebab untuk rakyat bergembira.
Cubaan lagakan UMNO dan Bersatu tindakan tidak bertanggungjawab
Kunjungan daripada pemimin UMNO itu langsung tidak membimbangkan malah ia sebenarnya perkara yang baik.
Kerjasama UMNO dan DAP bukan mustahil - Kadir Jasin
Menurut Kadir, UMNO mungkin boleh menimbangkan kerjasama dengan DAP untuk menarik sokongan bukan Melayu yang sudah tidak bersama Barisan Nasional.
Pemimpin politik sedia ada perlu beri peluang kepada orang muda - Kadir Jasin
Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Dr Mahathir Mohamad masing-masing berusia 48 dan 45 tahun telah berusaha mengubah sejarah dan hala tuju negara.
[KEMAS KINI] Mesyuarat MPT Bersatu fokus selesai isu dalaman
Jemputan ke mesyuarat itu dihantar oleh Setiausaha Kerja Bersatu Kapten Muhammad Suhaimi Yahya menerusi aplikasi WhatsApp.
Kerajaan Perpaduan yang dicadang tidak bergantung kepada parti-parti politik - Abdul Kadir
Kerajaan Perpaduan kerana beliau tidak mahu atau berasa mampu menjadi Perdana Menteri yang bergantung kepada parti-parti politik.
Semua MP Bersatu selesai menghadap YDP Agong, nyata sokongan kepada Dr Mahathir
Ketua Penerangan Bersatu, Dr Radzi Jidin menyeru ahli-ahli Bersatu agar bertenang dan memberi keyakinan penuh kepada pimpinan untuk menangani situasi politik semasa.
Tun M rayu MPT Bersatu tidak paksanya mungkir janji dengan Anwar - Kadir Jasin
Beliau merayu kepada ahli MPT agar tidak memaksa beliau melanggar prinsip dan janji yang dibuat terhadap Anwar.
Hishammuddin, Khairy adalah masa depan UMNO
A Kadir percaya kedua-dua pemimpin yang dianggap sebagai Melayu moderat itu, mampu membawa kembali UMNO kepada prinsip kesederhanaannya
Berhenti cakap politik, buat kerja, pesan Kadir Jasin pada menteri
Video intim Sandakan yang tular baru-baru ini seolah-olah mempunyai kehidupan tersendiri dalam arena politik negara.