Pengambilalihan tol: Ini fakta sekilas pandang

Pengambilalihan tol: Ini fakta sekilas pandang
Kerajaan akan ambil alih empat tol di Kuala Lumpur, mengapa mereka berbuat demikian?
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengambil alih empat konsesi tol dari Gamuda Berhad, bernilai RM6.2 bilion.

Perkara itu dimaklumkan Kementerian Kewangan pada 22 Jun lepas yang mengumumkan telah mengadakan rundingan dengan syarikat Gamuda Berhad (Gamuda) bagi tujuan pengambilalihan empat konsesi lebuh raya bertol.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, ia membabitkan Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Terowong Smart (Smart), LDP dan Kesas.

Bagaimana perkara ini akan dilaksanakan?


APA YANG SEDANG BERLAKU?
  • Kerajaan akan mengambil alih empat konsesi tol dari Gamuda Bhd
  • Kos pengambilalihan adalah RM6.2 bil
  • Kesemua kos ini akan dibiayai menerusi penerbitan bon (sukuk)
  • Pembayaran bon ini akan dibiayai oleh kutipan caj kesesakan

MENGAPA KERAJAAN INGIN AMBIL ALIH TOL?
  • Sebelum ini kerajaan tiada makenisma yang wujud untuk menghentikan kewujudan tol di Malaysia
  • Seperti contoh, konsesi tol PLUS sepatutnya berakhir pada 2018, tetapi dilanjutkan hingga 2038
  • Kerajaan sekarang ingin mewujudkan satu mekanisma untuk menghentikan kewujudan kutipan tol
  • Pengambilalihan empat konsesi tol ini adalah projek perintis kerajaan sekarang untuk mewujudkan sebuah mekanisma menamatkan pungutan tol di Malaysia

MENGAPA EMPAT TOL INI DAN BUKANNYA PULUHAN TOL YANG LAIN?
  • Kesemua empat konsesi tol ini adalah milik satu syarikat - Gamuda Bhd
  • Empat konsesi tol ini adalah:
    • Lebuhraya Damansara Puchong (LDP)
    • Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT)
    • Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
    • Terowong SMART
  • Menurut kerajaan, disebabkan keempat-empat konsesi ini milik sebuah syarikat, perbincangan dua pihak antara kerajaan dengan pemilik konsesi tol dapat dilaksanakan dengan lebih jelas. Serta, ini akan dijadikan sebagai projek perintis untuk mencari mekanisma terbaik untuk menamatkan tol di konsesi-konsesi lain

ADAKAH RAKYAT PERLU MEMBAYAR UNTUK PENGAMBILALIHAN TOL INI?
  • Kerajaan berkata, rakyat tidak akan membayar
  • Ini kerana Caj Kesesakan yang akan dikenakan kepada pengguna tol ini mampu membayar faedah (kupon) bon RM6.2 bil ini
  • Kerajaan walau bagaimanapun belum memberikan perincian jadual kutipan Caj Kesesakan kepada umum, walaupun telah diminta untuk berbuat demikian oleh beberapa pihak

Saksikan wawancara eksklusif Astro AWANI bersama Menteri Kewangan tentang isu pengambilalihan tol ini

Tag: Astro, Astro Awani, PLUS, Kuala Lumpur, tol, Puchong, Shah Alam, kerajaan, menteri, Malaysia, lim guan eng, sprint, ldp, kesas, smart tunnel, ibrahim sani, caj kesesakan, sukuk, cimb


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.