Pertubuhan Kebangsaan Sumber Manusia Malaysia (PUSMA) menyarankan agar kerajaan membuat pertemuan dengan agensi pekerjaan negara sumber bagi menentukan kadar kos yang lebih murah dikenakan ke atas pengambilan pembantu rumah.
Presidennya Siti Zarina Ismail berkata, PUSMA selaku agensi yang terlibat dalam pengambilan amah warga asing ke Malaysia melihat pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberi pilihan kepada majikan untuk mengambil amah asing secara terus tanpa menggunakan orang tengah atau ejen bagi mengurangkan kos adalah sesuatu yang baik namun perlu dilakukan dengan lebih teliti.
Ini jelasnya kerana, pihak majikan berdepan risiko memandangkan mereka tidak membuat penilaian mengenai kesihatan, status dan latar belakang seseorang pembantu rumah itu.
"Pengambilan secara terus bakal mengundang risiko kemasukkan warga asing secara bebas tanpa saringan kesihatan fizikal dan mental, keselamatan serta latihan profesional.
"Kita bimbang jika warga asing yang diambil secara terus akan lari dalam tempoh 30 hari sebaik sahaja menerima Pas Lawatan Kerja Sementara sebelum majikan memohon permit kerja sah," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Tambah Siti Zarina, PUSMA sebagai contoh berfungsi sebagai agensi pekerja asing yang menjamin setiap pembantu rumah yang diambil mempunyai latar belakang bersih sekali gus mempunyai kemahiran bekerja.
Sehubungan itu katanya, PUSMA akan menyerahkan kertas kerja berhubung cadangan untuk pengurangan kos berkenaan kepada Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali dan Kementerian Dalam Negeri dalam masa terdekat.
Raja Hisyam Raja Zaid
Fri Nov 03 2017
PUSMA melihat pengambilan pembantu rumah secara langsung terdedah risiko. - Gambar hiasan
200 ulama nusantara dijangka hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei ini
Seramai 200 ulama nusantara dijangka hadir Persidangan Ulama Sedunia yang akan diadakan di Petaling Jaya, Selangor pada 7 dan 8 Mei ini.
Pengecualian sementara borang TM.6 oleh Thailand bantu rangsang pelancongan Perlis
Langkah kerajaan Thailand mengecualikan sementara warganegara asing daripada mengemukakan Borang TM.6 ketika masuk dan keluar dari negara itu dilihat dapat merangsang sektor pelancongan di Perlis.
AWANI Ringkas: Peruntukan pembangkang: Kerajaan setuju secara dasar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lapan anggota FRU didakwa simpan lapan bahagian badan pelanduk tanpa lesen
Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM50,000, dipenjara tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Rasuah: Kakitangan Pejabat Perikanan Perlis direman empat hari
Seorang kakitangan Pejabat Perikanan Perlis direman empat hari untuk membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah secara bulanan daripada sebuah syarikat.
28,531 calon UPKK 2023 raih 8A
28,531 daripada 230,580 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya catat keputusan cemerlang A dalam kesemua lapan mata pelajaran.
Dua individu ditahan bantu siasatan minta, terima sogokan daripada firma guaman
SPRM menahan dua individu selama empat hari bagi membantu siasatan berkaitan penerimaan wang suapan daripada beberapa firma guaman.
Operasi PeWA: JPJ Pulau Pinang sita 22 kenderaan, keluar 63 saman
JPJ Pulau Pinang menyita 22 kenderaan yang dipandu warga asing dalam Ops Khas Pemandu Warga Asing (PeWA) di Bulatan Tun Hussain Onn, Seberang Jaya.
Lisa BLACKPINK beli rumah ‘tersorok’ di Beverly Hills, harga RM19 juta
Tidak ada yang mengejutkan apabila Lisa BLACKPINK telah menambah satu lagi aset berbentuk kediaman.
Stoking tertera kalimah Allah: Hukuman penjara, denda terhadap Wai Loong dibatalkan
Hakim membenarkan semakan difailkan tertuduh supaya pengakuan bersalah dibuatnya atas pertuduhan berkenaan, bukan akuan jelas dan tanpa bersyarat.
Dakwaan dera amah Indonesia, kerajaan jamin akan berlaku adil - Hamzah
Kerajaan memberi jaminan akan berlaku seadilnya dalam kes membabitkan seorang pembantu rumah Indonesia yang mendakwa didera oleh majikannya.
Ibu dan anak didakwa eksploitasi, dera amah
Wanita dua beranak mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan kekerasan terhadap pembantu rumah wanita warga Kemboja Februari lalu.
Gagal hadir ke mahkamah, wanita dera amah diberi peringatan terakhir
Mahkamah tidak akan berkompromi lagi kerana setiap kali ditetapkan untuk perbicaraan kes, Rozita Mohamad Ali, 46, tidak hadir atas alasan sama iaitu sakit asma dan lutut.
Rogol amah: Mangsa sedia lalui proses perbicaraan
Sabda Tian berkata, keadaan wanita berusia 23 tahun itu semakin pulih sepanjang berada di bawah pemantauan Kedutaan.
Kes bunuh amah digugur, Konsulat Indonesia tuntut penjelasan
Konsul Jeneral Indonesia di Pulau Pinang, Iwanshah Wibisino berkata, pihaknya sudah menghantar surat rasmi kepada pihak berkenaan dan menunggu maklum balas.
Peguam Negara akan siasat isu gugur kes bunuh amah - Steven Sim
"Keputusan mahkamah atas kes Adelina cukup tragis - se-tragis kematiannya," kata Steven dalam satu kenyataan media semalam.
'Mana keadilan untuk Adelina?' - Tenaganita kecewa majikan dilepaskan
Menurut laporan akhbar Kwong Wah Daily, suspek berusia 60 tahun itu dibebaskan daripada hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada Jumaat.
Ibu Adelina Lisao kembali menuntut keadilan
ibu Adelina keluar semula untuk menuntut keadilan oleh kerana kes penderaan lain yang timbul di Mahkamah Malaysia.
Amah berusia 16 tahun didera hingga mati
Kes penderaan dan pembunuhan seorang amah berusia 16 tahun menimbulkan kemarahan orang ramai di Pakistan.
Indonesia harap yuran birokrasi amah dikurangkan - Duta
Beliau akan mencadangkan perkara itu kepada kerajaan Malaysia bagi memastikan majikan negara ini dapat mengambil amah terlatih pada kadar yang lebih murah.