Penganggur dituduh bunuh anak tiri berusia 2 tahun

Penganggur dituduh bunuh anak tiri berusia 2 tahun
Tertuduh, Mohammad Sofiyan Abu Bakar, 28 tahun hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dihadapan majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit. - Foto Astro AWANI
GURUN: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Gurun hari ini atas tuduhan membunuh anak tirinya berusia dua tahun pada 25 Mei lalu.

Tertuduh, Mohammad Sofiyan Abu Bakar, 28 tahun hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dihadapan majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Berdasarkan pertuduhan, Sofiyan didakwa membunuh anak tirinya, Mohammad Aqil Hairi Mohd Azrul Epindi, 2 tahun di batu 19 3/4, Jalan Yan Guar Cempedak, antara jam 730 malam hingga 8 malam.

Sebaik selesai prosiding tersebut, tertuduh dilihat bersalaman dengan isterinya yang juga ibu kandung kepada Muhammad Aqil sebelum mencium dahi dan pipi wanita berusia 23 tahun itu.

Pendakwaan dikendalikan Nurul Waheda Abd Rahman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mahkamah menetapkan 5 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes yang akan dijalankan Mahkamah Majistret Yan.

Sementara itu, isteri tertuduh Nurul Natasha Roslan dibebaskan dengan bon jaminan mahkamah mengikut Sesyen 49 Kanun Prosedur Jenayah.

Isnin lalu, polis menahan sepasang suami sebelum direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes kematian kanak kanak lelaki berusia 2 tahun akibat didera di Jalan Yan Guar Gempedak, Kedah.




Tag: Mohammad Sofiyan Abu Bakar, bunuh anak tiri, Mahkamah Majistret Gurun, Jalan Yan Guar Cempedak, Muhammad Aqil, Seksyen 302 Kanun Keseksaan, Mahkamah Majistret Yan



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.