Seorang pengawal keselamatan rebah ditikam dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam dekat sebuah pasar raya di sini.

Lelaki berusia 40-an yang bertugas ketika itu menyedari tindak-tanduk suspek yang disyaki mencuri melalui CCTV yang disaksikannya melalui bilik keselamatan.

Dia kemudian masuk ke bahagian dalam premis pasar raya terbabit sebelum cuba menahan suspek namun berlaku pergelutan.

Mangsa turut mengejar suspek namun gagal, lebih malang, dia ditikam di bahagian kiri perut sebelum rebah.

Mangsa dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, sumber polis memaklumkan, siasatan lanjut mengenai kejadian sedang dilakukan.