Tutup

Pengawal keselamatan mati tergantung dalam kilang

Pengawal keselamatan mati tergantung dalam kilang
Seorang pengawal keselamatan ditemukan mati tergantung di tepi tangga sebuah kilang, di sini, semalam. -Gambar hiasan
BATU KAWAN: Seorang pengawal keselamatan ditemukan mati tergantung di tepi tangga sebuah kilang, di sini, semalam.

Pemuda berusia 23 tahun itu ditemui seorang pekerja kantin kilang berkenaan kira-kira jam 2.30 pagi yang kemudian bertindak menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abd Samad berkata mangsa ditemukan tergantung dengan tali nylon sepanjang 1.21 meter.

“Mangsa ditemui oleh seorang pekerja kantin yang diiringi salah seorang pengawal keselamatan di situ untuk membuang sampah.
“Bagaimanapun mereka terkejut sebaik menemui mangsa dalam keadaan sudah tidak bernyawa,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa bekerja di kilang berkenaan sejak Julai lalu.
“Mangsa dipercayai sudah berkahwin bekerja dan pemeriksaan ke atas mayat mangsa menemui telefon bimbit, wang tunai berjumlah RM65, kunci dan walkie talkie.

“Siasatan yang dijalankan juga mendapati mangsa kali terakhir dilaporkan berada di bilik kawalan pada jam 9 malam sebelum pergi bertugas ke bahagian belakang kilang,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sungai Bakap (HSB) untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.



Tag: pekerja kantin kilang, Shafee Abd Samad, pengawal keselamatan, Hospital Sungai Bakap



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.