Semua pengayuh beca di Melaka diwajibkan memasang lagu irama Dondang Sayang sebagai salah satu bentuk hiburan untuk disajikan kepada penumpang atau pelancong bermula tahun depan.
Ketua Menteri Melaka Adly Zahari berkata langkah itu bertujuan mempromosikan irama berkenaan kepada pelancong sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2019 selain memelihara warisan berkenaan untuk generasi akan datang.
"Semua pengusaha beca yang berlesen di Melaka wajib memutarkan irama Dondang Sayang dan bukannya hanya memainkan lagu kontemporari atau moden. Ia sebagai satu kaedah kita menghargai pengiktirafan daripada UNESCO terhadap Dondang Sayang sebagai 'The Intangible Cultural Heritage of Humanity' pada 29 Nov lepas," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pengiktirafan Jasa dan Sumbangan Kebajikan kepada Pengayuh Beca yang turut dihadiri Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka Datuk Muhamad Jailani Khamis dan Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan Jabatan Ketua Menteri Melaka, Zairi Suboh, di sini, pada Jumaat.
Pada majlis itu, 54 pengayuh beca veteran berusia 55 tahun ke atas menerima bantuan kebajikan 'one off' berjumlah RM200.
Bernama dalam sebuah rencana eksklusif pada Oktober lepas melaporkan isu beca Melaka yang semakin hilang identiti akibat hanyut dengan komersialisasi pelancongan dengan kebanyakkan beca itu dihiasi watak filem dan kartun Barat serta memainkan lagu-lagu dari luar negara, menggantikan hiasan tradisional seperti corak flora, fauna dan awan larat serta lagu seperti dondang sayang.
Mengulas lanjut, Adly berkata promosi irama Dondang Sayang menerusi industri beca merupakan satu platform terbaik kerana pengayuh beca merupakan duta kecil sektor pelancongan negeri.
Sementara itu, beliau berkata pelbagai insentif turut disediakan untuk kira-kira 325 orang pengayuh beca berlesen di negeri ini khususnya sempena TMM 2019.
Katanya antara inisiatif tersebut termasuk memberi lesen percuma untuk semua pengayuh beca berlesen di Melaka tahun hadapan sempena penganjuran TMM.
"Kita juga akan memberikan kursus komunikasi dan kelas bahasa seperti bahasa Inggeris, Mandarin, Jepun dan Korea untuk meningkatkan kemahiran komunikasi pengayuh beca memandangkan mereka adalah barisan hadapan industri pelancongan negeri," katanya.
Beliau berkata pengayuh baca juga diingatkan menjaga etika dan mengikut peraturan yang ditetapkan dalam berurusan dengan pelancong serta memberikan perkhidmatan terbaik sepanjang penganjuran TMM 2019 kerana ia akan memberi kesan pada imej atau reputasi negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 28 2018
Semua pengayuh beca di Melaka diwajibkan memasang lagu irama Dondang Sayang sebagai salah satu bentuk hiburan untuk disajikan kepada penumpang atau pelancong bermula tahun depan.
Nahas helikopter Lumut: Salah seorang mangsa anak jati Bukit Kepong
Komander Muhamad Amir Mohamad, Pegawai Memerintah Skuadron 502 TLDM yang berpangkalan di Lumut merupakan anak jati Bukit Kepong.
Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual
Sejumlah 2,300 kilogram (kg) jongkong emas bernilai RM585 juta telah dijual hasil perlombongan emas di Bukit Mantri, Tawau yang mula beroperasi pada 2018.
RM651 juta pampasan dibayar kepada pemilik tanah
Sebanyak RM651 juta jumlah pampasan telah dibayar kepada 1,591 pemilik tanah dan struktur yang terlibat dalam pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.
Jabatan Perhutanan Sabah kutip hasil RM155.32 juta pada 2023
Jabatan Perhutanan Sabah berjaya mengutip hasil sebanyak RM155.32 juta pada 2023, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: 'Tak sangka Farah dalam helikopter terhempas'
Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy adalah antara mangsa terkorban dalam nahas pesawat di Pangkalan TLDM Lumut pada Selasa.
Australia mahu perkukuh hubungan dengan Sabah
Australia berminat untuk mengukuhkan hubungan sedia ada dengan Sabah, selain melihat kepada peluang perdagangan baharu.
Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Jasad mendiang pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup selamat dikebumikan di Empire Paradise Christian Memorial Park, Penampang pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: 'Arwah orang yang baik, tegas dan hormat orang tua'
Jirannya, Mohd Nazri Abu Samah, 55, berkata, kali terakhir dia bertemu dengan Allahyarham hujung tahun lalu, ketika Allahyarham pulang menziarahi keluarganya.
Kem badminton perlu main peranan masing-masing untuk julang Piala Thomas
Semangat kerjasama ditunjukkan kem badminton ketika itu merupakan kunci kejayaan utama Malaysia berhasil menjulang piala itu, 32 tahun lepas.
Felicia cukup penyayang, sentiasa dahulukan keluarga
Ahli keluarga salah seorang mangsa nahas helikopter TLDM yang terhempas di Lumut, Perak pada Selasa.
Melaka taja caruman insurans 1,130 pengayuh beca, pemandu teksi
Sebanyak 1,130 pengayuh beca dan pemandu teksi di Melaka didaftarkan sebagai pencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Pengayuh beca Melaka wajib mainkan lagu Dondang Sayang
Langkah itu bertujuan mempromosikan irama berkenaan kepada pelancong sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2019.
Perkhidmatan beca tarikan terbaharu di Ipoh
Perkhidmatan beca itu disediakan M Bike Sdn Bhd kepada pengunjung yang ingin bersiar di lokasi menarik di sekitar bandaraya Ipoh.