Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menggesa operator stesen kereta api dan tren agar lebih peka terhadap keselamatan penumpang OKU serta warga emas yang menggunakan perkhidmatan mereka.
Ini susulan kejadian yang menimpa seorang OKU penglihatan yang terjatuh di landasan Monorel KL Sentral Ahad lalu.
Pengerusinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang kesal dengan kejadian itu mahu setiap petugas stesen menerima latihan berkaitan Kesaksamaan Hilang Upaya (DET) dan Latihan Khidmat Berkaitan Hilang Upaya (DRST) agar ia menjadi pengangkutan awam mesra OKU dan warga emas.
Rohani berkata latihan itu perlu diperluaskan kepada semua petugas yang terlibat secara langsung dengan pengguna seperti petugas kaunter dan anggota polis bantuan.
“Ciri-ciri keselamatan di setiap stesen kereta api dan tren perlu dipertingkatkan.
“Operator yang mengendalikan stesen kereta api, Monorel, Komuter dan MRT perlu menjalani latihan DET dan DRST ini untuk mereka merasai bagaimana menjadi OKU ketika menggunakan pengangkutan awam,” katanya.
Beliau juga mencadangkan agar pertambahan sukarelawan di stesen kereta api dan tren perlu dilakukan bagi menjaga keselamatan golongan OKU dan warga emas dengan lebih efektif.
Pada 12 November lalu, seorang OKU penglihatan, Mohd Hanapiah Yeop Shaharudin, 49, terjatuh di landasan Stesen Monorel Kl Sentral menyebabkan mangsa sehingga kini terlantar Di Wad Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur.
Setakat ini, sebanyak 17 kes seumpama itu dilaporkan sejak 2014.
Beliau berkata demikian selepas mesyuarat MKBOKU bersama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi membincangkan isu keselamatan OKU menggunakan pengangkutan awam.
Azyyati Ahmad
Thu Nov 23 2017
Rohani mahu setiap petugas stesen kereta api dan tren menerima latihan DET dan DRST. -Gambar fail
Pegawai kanan polis lindungi kegiatan haram tidak bergerak solo - SPRM
Pegawai kanan polis yang ditahan kerana menerima suapan bagi melindungi kegiatan haram di ibu negara baru-baru ini berkemungkinan besar tidak menjalankan aktiviti itu secara solo.
Sumbangan Ahmad Rejal tinggal kesan mendalam dalam dunia kewartawanan negara - Anwar
Anwar menyifatkan sumbangan Allahyarham Datuk Ahmad Rejal Arbee Mohamed Isa Arbee meninggalkan kesan mendalam dalam dunia akhbar dan kewartawanan di Malaysia.
Tiada ‘free lunch’ untuk penambahan tol
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata keputusan untuk tidak menambah tol menjelang sempena Hari Raya Aidilfitri adalah muktamad.
Kontrak pembinaan jajaran LRT dari KOMTAR ke Penang Sentral melalui tender terbuka
Jelas Menteri Pengangkutan Anthony Loke strategi itu bertujuan menjana hasil bukan tambang (non fare revenue) tambahan yang penting untuk dilaburkan balik dalam penyelenggaraan LRT Pulau Pinang pada masa hadapan.
PADU: Lebih 9 juta telah daftar
Pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) meningkat kepada 9.24 juta setakat Khamis.
Tiada layanan istimewa kepada Najib - Penjara
Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Nordin Muhammad menegaskan tiada sebarang layanan istimewa diberikan kepada mana-mana individu termasuk Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di penjara.
[TERKINI] SPRM percaya pegawai polis ditahan tidak bergerak solo
Pegawai kanan polis yang ditahan kerana menerima suapan bagi melindungi kegiatan haram di ibu negara mungkin tidak menjalankan aktiviti secara solo.
Agenda AWANI: Desak Israel patuh resolusi gencatan senjata UNSC
Sejauh mana boleh kita menjangkakan Israel akan patuh desakan untuk keamanan yang berkekalan di Gaza meskipun resolusi gencatan senjata UNSC sementara dalam tempoh dua minggu sahaja?
Diskusi 9 malam.
Diskusi 9 malam.
MRT Corp dilantik sebagai pemaju, pemilik Projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, nilai kontrak dan butiran terperinci tertakluk kepada proses rundingan antara MRT Corp dan SRS yang perlu dimuktamadkan dalam tempoh masa 6 bulan
Kematian pelajar KV Lahad Datu: Reman 13 remaja lelaki disambung
Mahkamah Majistret membenarkan tempoh tahanan reman 13 remaja lelaki bagi membantu siasatan kes kematian seorang pelajar lelaki kolej vokasional disambung hingga 4 April ini.
Gajet masa untuk lupa, cuti selesa - Masjid kongsi rahsia
Bagi ibu bapa dan penjaga yang mahu ceraikan kanak-kanak dan remaja dari terlalu melekat dengan gajet agar cuti menjadi ceria, MICF hujung minggu di Masjid Wilayah ada acaranya.
Pengendali tren, rel perlu lebih peka keselamatan OKU, warga emas - Rohani
Operator stesen keretapi dan tren lebih peka terhadap keselamatan penumpang OKU serta warga emas yang menggunakan perkhidmatan mereka.