Pengerusi baharu Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Datuk Wira Azhar Abdul Hamid, tiba di Menara Felda pada 8.15 pagi hari ini untuk tugas pertamanya dengan syarikat berkenaan.

Beliau akan mempengerusikan mesyuarat pertamanya dengan pengurusan kanan di aras 45.

Azhar disambut oleh Pengarah Besar Felda Datuk Ab Ghani Mohd Ali serta pegawai bertugas Datuk Khairil Anuar Aziz.

Mereka kemudiannya mengiringi Azhar ke aras 45.

Selepas mesyuarat pengurusan, Azhar dijangka mengadakan mesyuarat keduanya, kali ini bersama ahli lembaga pengarah syarikat, pada 3 petang.

-- BERNAMA