Kementerian Pendidikan telah mengaktifkan arahan tetap bagi sekolah-sekolah untuk mengambil langkah sewajarnya sekiranya jerebu bertambah buruk.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata , ia termasuk memberi kuasa kepada pengetua untuk menutup sekolah jika bacaan indeks pencemaran udara, IPU mencatatkan bacaan melebihi 200.