Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengharamkan penggunaan bekas makanan styrofoam di kawasan Dataran Merdeka di sini dalam usaha mewujudkan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya hijau.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, DBKL dalam masa terdekat akan mewujudkan kempen kesedaran untuk menjadikan bandar raya ini bebas daripada penggunaan bahan styrofoam.

DBKL akan memberikan pendidikan mengenai penggunaan bekas makanan yang lebih selamat dan mesra alam.

Dataran Merdeka meryupakan zon perintis untuk merealisasikan inisiatif ini, katanya pada sidang media mengenai 'Earth Hour' 2015 di sini pada Khamis.

Beliau juga berkata salah satu usaha ke arah menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya hijau adalah dengan memperkenalkan laluan berbasikal, yang juga merupakan persediaan kepada acara 'Cabaran Earth Hour Bandaraya KL' tahun depan.

Ahmad Phesal berkata DBKL dengan kerjasama WWF Malaysia akan terlibat dalam program WWF's Earth Hour City Challenge (EHCC) 2016 yang merupakan pertandingan di antara bandaraya di seluruh negara dalam usaha untuk mempromosikan tenaga yang boleh diperbaharui dan bersedia terhadap perubahan
iklim.

Menyentuh mengenai Earth Hour 2015, Sabtu ini, beliau menyasarkan 350 buah bangunan di Kuala Lumpur akan menyertai program tersebut, iaitu peningkatan daripada 277 buah bangunan pada tahun lepas dan 86 pada tahun 2013.

Kempen Earth Hour ialah sambutan peringkat dunia di mana semua bangunan disaran memadamkan lampu masing-masing selama satu jam pada malam hari tersebut.

"Sekiranya sasaran ini berjaya dicapai, saya berikrar akan memperkenalkan laluan berbasikal yang baharu dan selamat di Kuala Lumpur," katanya.

Beliau berkata setakat ini DBKL telah mendapat pengesahana daripada Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur, Bangunan Daya Bumi, YTL dan, Menara DBKL untuk terlibat dalam program tersebut yang akan bermula pada pukul 8.30 malam Sabtu ini.

Selain Galeri Kuala Lumpur, pusat beli-belah Pavillion, Fahrenheit, Lot 10 dan Galeri Starhill, serta Bangunan Felda, Bank Negara, Musium Kesenian Islam, Taman Burung Kuala Lumpur, Muzium Polis, Planterium Negara.

Hotel Shangri-La, Seri Pacific, Fraser Suites, Raggae Mansion, Dorsett Regebcy , Silka Cheras, Maytower, Capitol dan Federal, serta Perbadanan Kampung Baharu.