Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mustafar Ali berikrar meneruskan langkah-langkah pencegahan rasuah di mana-mana agensi penguatkuasaan beliau ditempatkan.
Beliau, yang akan ditempatkan sebagai Ketua Pengarah Imigresen mulai Isnin ini (1 Ogos), berkata ini adalah penempatan biasa dilakukan dari jabatan ke jabatan bagi memastikan kesinambungan pelan tindakan rasuah dapat diteruskan.
"Penempatan ini satu tindakan bagi memastikan usaha mencegah dan membasmi rasuah yang dilakukan di SPRM selama ini, dapat diteruskan di agensi penguatkuasaan lain," katanya ketika diminta mengulas mengenai penempatan beliau di Jabatan Imigresen.
Beliau berkata demikian pada Majlis Paluan Berundur meraikan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull serta beliau di ibu pejabat SPRM di sini hari ini.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa mengumumkan Datuk Seri Mustafar ditempatkan sebagai Ketua Pengarah Imigresen mulai 1 Ogos ini bagi menggantikan Datuk Seri Sakib Kusmi yang ditempatkan di Jabatan Perkhidmatan Awam.
Ditanya sama ada penempatan tersebut agak mengejutkan, beliau yang enggan mengulas perkara itu, bagaimanapun menegaskan bahawa penempatan itu hanyalah bagi meneruskan legasi pembasmian rasuah di Jabatan Imigresen.
"Penghijrahan merupakan satu pengorbanan, persaudaraan dan perjuangan. Jadi, berhijrah adalah satu tindakan betul yang diambil," katanya, yang telah berkhidmat di SPRM selama 31 tahun.
Beliau dilantik sebagai Pegawai Siasatan pada 1985 dan memegang beberapa jawatan, antaranya Pegawai Pendakwa, Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Koordinasi Dasar serta Pengarah Siasatan SPRM sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi pada 2014.
Bernama
Fri Jul 29 2016
MUSTAFAR: "Penempatan ini satu tindakan bagi memastikan usaha mencegah dan membasmi rasuah yang dilakukan di SPRM selama ini, dapat diteruskan." - Gambar fail
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
[TERKINI] Ketua Polis Negara paling lama meninggal dunia
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohamed Hanif Omar, meninggal dunia pada usia 85 tahun di kediamannya di Shah Alam pada 2.15 pagi Sabtu.
Pasangan suami isteri tidak sangka dua kali tolak tawaran, masih ada rezeki tunai haji tahun ini
Selepas surat tawaran berada di dalam tangan, dia dan isteri giat membuat persiapan demi memastikan mereka memperoleh haji yang mabrur.
Sindiket pemalsuan pasport didalangi warga Bangladesh tumpas
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket pemalsuan pasport didalangi warga Bangladesh yang menjadikan sebuah rumah sebagai markas di Kepong.
Kerajaan dijangka jana RM206 juta hasil Program Visa Premium
Program Visa Premium bertujuan menarik minat hartawan global melabur serta menetap di negara ini bagi tempoh 20 tahun.
Tiada kompromi buat pihak yang melindungi PATI
Hukuman berat menanti pihak termasuk golongan majikan yang mengambil PATI bekerja tanpa dokumen yang sah.
Imigresen serbu dua restoran, tahan 29 warga asing
Jabatan Imigresen menahan 29 warga asing selepas menyerbu dua buah restoran di Kampung Abu Bakar Baginda, Kajang dan Presint 11 Putrajaya.
207 pendatang tanpa izin positif COVID-19 - KP Imigresen
Seramai 207 daripada 13,929 pendatang tanpa izin yang ditahan di tiga Depot Tahanan Imigresen di Semenanjung Malaysia didapati positif jangkitan virus COVID-19.
474 PATI berjaya ditahan dalam operasi Imigresen pada tahun baharu
Warga Indonesia mencatatkan tangkapan tertinggi iaitu seramai 220 orang.
44,941 pelawat asing dikenakan NTL kerana tidak penuhi syarat kemasukan
Seramai 44,941 pelawat asing telah dikenakan arahan Notis Penolakan Masuk (NTL) dari 1 Jan hingga 31 Okt tahun ini, kerana tidak memenuhi syarat kemasukan.
Kerajaan belanja hampir RM3.5 juta kos makanan pendatang tanpa izin - Ketua Pengarah Imigresen
Kerajaan membelanjakan hampir RM3.5 juta sebulan bagi menampung kos makanan pendatang tanpa izin yang ditahan di 14 depot Jabatan Imigresen di seluruh negara.
Imigresen tumpaskan sindiket penyeludupan migran guna laluan perairan Selangor
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket penyeludupan migran rentas sempadan yang aktif menggunakan laluan sekitar perairan Selangor dalam operasi khas.
Bangunan usang sarang pelacuran
Bangunan terbiar itu kelihatan seperti hotel lama, namun di dalam premis kotor dan menjijikkan itu tersedia aktiviti pelacuran.