Pengiraan bonus Tabung Haji tidak berubah

|

Pengiraan bonus Tabung Haji tidak berubah. Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR

KUALA LUMPUR: : Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) memaklumkan pengiraan hibah atau bonus bagi tahun kewangan 2017 adalah berdasarkan kepada baki purata minima bulanan iaitu sama seperti tahun-tahun sebelumnya.

Menurut Tabung Haji dalam satu kenyataan ,  hibah untuk tahun lalu  merangkumi pengiraan baki purata minima bulanan iaitu jumlah deposit purata terkumpul bermula Januari hingga Disember 2017 dan didarabkan dengan hibah tahunan Tabung Haji sebanyak 4.5 peratus.

"Bagi pendeposit yang belum menunaikan haji pula, Tabung Haji memperuntukkan hibah tambahan  1.75 peratus yang didarabkan dengan baki purata minima bulanan."

Jelas Tabung Haji,  pengiraan hibah haji berkenaan adalah tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM9,980.
Outbrain