Rakyat Malaysia sememangnya bersifat prihatin dan ini terbukti apabila semakin ramai pihak tampil, menghulurkan sumbangan kepada misi #MusaadahCOVID19 sejak digerakkan pada Khamis, dalam usaha membantu petugas barisan hadapan, yang bertungkus-lumus mengekang penularan COVID-19.
Hakikatnya tugas yang mencabar dan menakutkan sememangnya menanti 'barisan hadapan' khususnya doktor, jururawat, kakitangan perubatan, mahupun tenaga di peringkat Kementerian Kesihatan (KKM) yang berisiko tinggi dijangkiti penyakit itu, yang dikatogerikan sebagai pandemik baru-baru ini oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Jika berlaku sedikit kesilapan dan kelalaian ketika melaksanakan tugasan, bermakna bahana besar bakal menanti mereka.
Tidak kiralah sama ada individu perseorangan, badan korporat melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), mahupun Organisasi Bukan Kerajaan (NGO), pendek kata kesanggupan rakyat menghulurkan bantuan #MusaadahCOVID19 kepada wira-wira tidak didendangkan ini, merentas pelbagai lapisan masyarakat demi kepentingan negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah menggerakkan misi #MusaadahCOVID19, yang antara lain turut meringankan beban golongan asnaf sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 Mac ini.
Agensi-agensi di bawah kementerian itu, telah memulakan misi di Wilayah Persekutuan dan negeri lain yang telah dikenal pasti.
Antara yang tampil menyahut seruan misi itu, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang memperuntukkan RM1 juta dari Tabung Amanah YaPEIM, menerusi peruntukan Food Bank YaPEIM 2.0 bagi menjayakan misi #MusaadahCovid19, yang bermula Isnin hadapan.
Menerusi satu kenyataan dikeluarkan pada Jumaat, seramai 2,000 keluarga kumpulan sasar, akan dikenal pasti di seluruh negara oleh pihak YaPEIM, sebelum barangan keperluan asas dan wang tunai disalurkan kepada penerima manfaat itu.
"YaPEIM melalui Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri (PPYN) dan pasarana YaPEIM's Mart, akan melaksanakan misi ini secara berperingkat dengan mengenal pasti penerima, dan menyelaras kaedah saluran sumbangan selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan," kata kenyataan itu.
Turut menyahut seruan, Pergerakan Puteri UMNO, yang tidak ketinggalan melancarkan misi bagi mengumpul dana untuk membantu golongan petugas kesihatan terlibat, sebagai tanda penghargaan kepada petugas awam barisan hadapan, dalam memerangi COVID-19.
Exconya, Dr Masliha Harun dipetik menerusi portal Umno-Online menjelaskan, sumbangan itu sangat bererti bagi petugas barisan hadapan dan sumbangan dana boleh dibuat melalui akaun Bank Kerjasama Rakyat 110071006115 atas nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Puteri.
Kerajaan Terengganu dan Selangor juga wajar dipuji, kerana tidak ketinggalan membantu petugas kesihatan di barisan hadapan, dengan menyalurkan bantuan yang terdaya.
Selangor pada Jumaat mengumumkan menyediakan insentif 'one-off' sebanyak RM200 seorang dan bantuan makanan semasa bertugas, yang diluluskan kerajaan untuk membantu 6,000 petugas kesihatan di hospital-hospital seluruh negeri, dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM1.2 juta.
Manakala Terengganu pula menyediakan langkah membantu menjaga anak petugas dan kakitangan barisan hadapan, yang terpaksa akur dibekukan cuti dan bekerja lebih masa di waktu sebegini. Sememangnya ia merupakan pengorbanan yang besar, buat kakitangan barisan hadapan di samping terpaksa meninggalkan anak kecil dan sebagainya, ketika taska dan pusat penjagaan ditutup.
Di samping itu, negeri itu juga mengalu-alukan sumbangan dan bantuan orang ramai kepada petugas dan pesakit COVID-19, namun mestilah diselaras melalui pihak pengurusan Hospital Hulu Terengganu, bagi mengelakkan pihak tertentu daripada mengambil kesempatan di atas situasi yang sedang dihadapi negara, hari ini.
Hospital Hulu Terengganu di Kuala Berang merupakan Stesen Kuarantin, yang diisytiharkan melalui Warta Kerajaan Persekutuan bagi pesakit dalam siasatan (PUI) COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 20 2020
Zulkifli telah menggerakkan misi #MusaadahCOVID19, yang antara lain turut meringankan beban golongan asnaf sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan. - Gambar fail
Nahas helikopter Lumut: 2 Pegawai Memerintah Skuadron, ini senarai mangsa terkoban
Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) wanita dan dua Pegawai Memerintah Skuadron antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut.
Bursa Singapura: Perubahan peraturan bantu pelabur panggil mesyuarat khas
Peraturan baharu itu boleh menjadi langkah positif dalam usaha memperbaik tadbir urus korporat.
Airasia Consulting teruskan libat urus bagi nyahlabur Srilankan Airlines
AirAsia Consulting berhasrat untuk meneruskan libat urus dengan pihak International Finance Corporation (IFC) yang diberi mandat memberi nasihat kepada kerajaan Sri Lanka berhubung usaha nyahlabur dalam SriLankan Airlines Ltd.
Harga minyak: Peningkatan harga beri kesan positif dan negatif - SERC
Terdapat kebimbangan mengenai "kesan pesanan kedua" bekalan minyak yang dijangka menyebabkan kenaikan harga tenaga dan seterusnya inflasi. Ini akan melemahkan perbelanjaan pengguna dan permintaan pelaburan.
Victoria Beckham sifatkan reunion Spice Girls hadiah terbaik sambut usia ke-50
Victoria Beckham Sifatkan Reunion Spice Girls Hadiah Terbaik Sambut Usia 50
Kerajaan perlu ambil kira graduan sedia ada di pasaran
Kerajaan perlu mengambil kira graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang sedia ada dalam pasaran ketika ini jika mahu melihat keberkesanan penetapan gaji premium untuk graduan dalam bidang itu secara optimum.
Nahas helikopter Lumut: PM akan umum bantuan untuk waris mangsa - TPM
Kerajaan akan mengumumkan bantuan khas kepada waris 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut.
Pasaran buruh: Produktiviti tenaga kerja masih perlu dipertingkat
Kadar pengangguran telah menurun kepada paras sebelum wabak Covid-19 sebanyak 3.3 peratus pada suku keempat 2023, namun, kadar pengangguran berasaskan kemahiran berada pada 37.4 peratus dalam tempoh yang sama.
Kewangan: Golongan Millenial, Gen Z Malaysia teraju perbankan Islam
Malaysia juga mempunyai kadar tertinggi pengguna yang hanya menggunakan perbankan Islam (42 peratus), berbanding hanya lebih suku (26 peratus) daripada responden global.
MCMC nasihat tidak muat naik dan padam video
MCMC mengingatkan orang ramai supaya tidak memuat naik atau menyebarkan rakaman video nahas dua helikopter TLDM.
Bantu lapor kepada MAIPs jika ada isu keciciran asnaf - Raja Muda Perlis
Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah ia bagi memastikan usaha mengenal pasti keperluan bantuan dapat dilaksanakan MAIPs.
MAIPs peruntuk RM7 juta laksana program latihan kemahiran asnaf
MAIPs memperuntukkan RM7 juta kepada Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) untuk pelaksanaan program aktiviti berbentuk latihan kemahiran asnaf dan pengurusan bagi tahun ini.
The Raw. infak 50 tan beras untuk 10,000 keluarga asnaf
Dijayakan bersama Pertubuhan Kebajikan Richworks (RichWell); Enrichment Media Lab Sdn. Bhd. dengan kerjasama Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia (Gerakwanis).
Agong kurnia sumbangan peribadi 25,000 kampit beras kepada asnaf
Berdasarkan hantaran melalui akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sumbangan itu dikurniakan kepada asnaf di sekitar Kuala Lumpur.
Berbahagi kebahagiaan dengan mereka yang memerlukan
Yayasan Ikhlas telah mengadakan Lawatan ke Pusat Jagaan Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan demi memberikan hiburan dan keceriaan kepada 30 anak OKU.
Jangan tunggu saat akhir bayar zakat fitrah
Umat Islam diminta supaya tidak menunggu saat akhir untuk membayar zakat fitrah bagi membolehkan agihan dibuat lebih cepat kepada asnaf yang layak.
Program Rahmah Ramadan MAIWP bantu asnaf buat persiapan raya
MAIWP memperuntukkan RM75,000 untuk membantu masing-masing 100 asnaf di Kuala Lumpur dan Labuan serta 50 asnaf di Putrajaya membuat persiapan menyambut Aidilfitri.
City U, LZS santuni 110 pelajar asnaf sempena Ramadan
City U dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyantuni 110 orang pelajar-pelajar asnaf dalam dalam usaha berkongsi rezeki pada bulan Ramadan ini menerusi Majlis Iftar City U.
MAIWP terus laksana proses pemutihan pastikan bantuan diterima golongan layak
Terdapat individu yang sudah terkeluar daripada kategori asnaf, tetapi terus menerima bantuan zakat tanpa memaklumkan perkara berkenaan.
Masjid, surau laksana pelbagai inisiatif santuni asnaf
Pihak yang dilantik bagi menguruskan zakat bertanggungjawab menyampaikan pemberian bantuan kepada golongan yang layak.