Pengundi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur perlu merancang waktu keluar mengundi dengan sebaik mungkin bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas, masalah mencari tempat letak kereta dan beratur terlalu lama di tempat mengundi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), pada 9 Mei.
Pengarah Pilihan Raya Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Mohd Heikal Kamarudin berkata pengundi hendaklah mengelak daripada keluar mengundi pada saat-saat akhir iaitu sebelum pusat mengundi ditutup pada 5 petang.
"Pengundi juga digalakkan menggunakan kenderaan awam bagi mengelakkan kesesakan trafik dan mengatasi masalah mencari tempat meletak kereta di pusat-pusat mengundi.
"Pengundi tidak boleh membawa masuk kenderaan ke dalam kawasan sekolah yang menjadi tempat mengundi atas tujuan keselamatan.
"Walau bagaimanapun, 'drop off zone' disediakan bagi membolehkan pemandu kenderaan menurunkan penumpang," katanya ketika ditemui selepas menjadi tetamu program bual bicara 1Malaysia Negaraku terbitan Bernama Radio di sini pada Rabu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 9 Mei; penamaan calon pada 28 April manakala pengundian awal pada 5 Mei.
Mohd Heikal berkata Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mempunyai 12 kerusi Parlimen melibatkan 1,500 saluran mengundi.
"Pengundi paling tua ditempatkan di saluran pertama yang biasanya dihadkan kepada 350 pengundi kerana mengambil kira keperluan warga emas seperti kerusi roda dan bantuan untuk bergerak.
"Biasanya pengundi dari saluran satu akan menanda kertas undi di aras bawah bangunan. Saluran seterusnya iaitu dua, tiga dan empat menyenaraikan 700 pengundi yang akan mengundi di tingkat atas.
"Bagaimanapun, sekiranya mana-mana pengundi muda dilihat sukar untuk naik tangga seperti masih berpantang atau selepas kemalangan, mereka akan dibenarkan mengundi di aras bawah," kata beliau.
Seramai 10,093 petugas sementara pilihan raya akan mengendalikan urusan pilihan raya di Kuala Lumpur dan Putrajaya, kata Mohd Heikal.
Pemilih berdaftar boleh membuat semakan menerusi empat cara iaitu menggunakan aplikasi pintar MySPR Semak; portal rasmi SPR www.spr.gov.my; SMS ke talian 15888 dengan menaip SPR no. kad pengenalan atau menghubungi talian SPR 03-88927018.
Marilah rakyat Malaysia jayakan tanggungjawab anda dalam proses demokrasi negara pada PRU14.
#jomkitasemak #jomkitaundi #undiandapenentumasadepannegara
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 18 2018
SPR menetapkan hari mengundi pada 9 Mei; penamaan calon pada 28 April manakala pengundian awal pada 5 Mei. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM | Pengedaran dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak, tahan dua lelaki
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunai umrah
Forum Umrah dan Ziarah 2024, kali ini diadakan di Madinah menjadi platform penting bagi mengumpulkan semua pemain industri perkhidmatan
Panggilan ‘daddy’ di pengebumian wira Wan Rezaudeen Kamal buat orang ramai sebak
Antara yang turut mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham adalah Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin.
AWANI Tonight: Bridging gaps in AUKU for better student empowerment
Amendments to the Universities and University Colleges Act give students more autonomy in managing their associations’ finances. Rasydan Mohd Hassan, formerly of the National Student Consultative Council, explains what this means for student empowerment.
AWANI Tonight: UN Human Rights calls for independent investigation on Gaza mass graves
The UN Human Rights calls for an independent and transparent investigation into the mass graves found in and around hospitals in Gaza, including the Nasser Hospital.
AWANI Tonight: The US Senate approves bill to ban TikTok
The US Senate has approved a controversial landmark bill that could see TikTok banned in America, with President Joe Biden saying he would sign it into law as soon as it reaches his desk.
Capital A zahirkan minat beli lapangan terbang di ASEAN
Aviation Services iaitu perkhidmatan penerbangan di bawah Capital A Bhd menzahirkan minat memiliki lapangan terbang di seluruh ASEAN.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah Komander Muhammad Firdaus selamat dikebumi di kampung halaman
Jenazah Allahyarham Muhammad Firdaus disemadi dengan penuh istiadat pengebumian ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Nibong Besar.
AWANI Tonight: 24 April 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. MACC detains MB's son, five others
2. TikTok faces US ban
#AWANIEnglish #AWANINews
1. MACC detains MB's son, five others
2. TikTok faces US ban
#AWANIEnglish #AWANINews
Pengundi di Kuala Lumpur dinasihatkan merancang waktu keluar mengundi
Pengundi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur perlu merancang waktu keluar mengundi dengan sebaik mungkin bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas, masalah mencari tempat letak kereta dan beratur terlalu