Pengunjung di sebuah pusat membeli-belah Kompleks Pertama di ibu negara cemas apabila asap tebal menyelubungi bangunan tumpuan orang ramai tersebut akibat kebakaran, pada Jumaat.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Nordin Pauzi pihaknya menerima panggilan dari orang awam pada 3.39 petang.

“Seramai seramai 32 anggota dari balai bomba dan penyelamat Titiwangsa, Hang Tuah dan Sentul dikejarkan ke tempat kejadian.

“Sejurus berjaya memasuki bangunan terbabit kami mendapati kebakaran melibatkan kipas ekzos dan bahang api telah terkena sedikit di ruangan setor,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Tambah beliau, api berjaya dikawal pada 4.09 petang dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.