Para pengunjung kini dibenarkan memasuki bangunan terminal lapangan terbang berkuat kuasa 19 Jun lepas, demikian menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
Menurut kenyataan pengendali lapangan terbang itu, pengecualian tersebut adalah sejajar dengan kelonggaran sekatan berperingkat bagi mereka yang melakukan perjalanan udara di Malaysia.
"Kelonggaran lain termasuk mengecualikan langkah penjarakan sosial yang ketat di pintu berlepas bagi melancarkan proses terbabit mengikut tempoh ditetapkan," katanya.
Di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, hanya penumpang dengan dokumen perjalanan yang sah dibenarkan masuk ke ruang terbabit.
MAHB bagaimana pun menegaskan, pengecualian itu hanya diberikan selepas semua langkah keselamatan berkaitan usaha membendung penularan COVID-19 telah dilaksanakan di lapangan terbang.
"Langkah-langkah keselamatan sedia ada adalah memadai, bukan hanya bagi mengelak penularan virus itu tetapi melindungi semua tetamu dan komuniti di lapangan terbang," katanya.
Sejajar kelonggaran sekatan perjalanan udara dan jangkaan kehadiran lebih ramai pengunjung di pintu masuk itu, MAHB telah meningkatkan usahanya bagi melindungi orang ramai dan kalangan komuniti di kawasan berkenaan.
Kesemua usaha itu dilaksanakan menerusi kerjasama dengan agensi kerajaan yang beroperasi di lapangan terbang, rakan syarikat penerbangan dan pengendali serta pihak peruncit.
Sebahagian besar perniagaan di lapangan terbang itu juga telah menyambung operasi masing-masing bagi memastikan pengunjung mendapat pengalaman perjalanan yang lancar serta selesa.
"Selain kekal komited terhadap usaha memastikan keberkesanan langkah-langlah keselamatan itu, kami juga mengambil peluang ini untuk mengingatkan semua pengunjung agar bertindak sewajarnya bagi menjadikan Malaysia selamat serta bebas daripada penularan COVID-19," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 20 2020
MAHB bagaimana pun menegaskan, pengecualian itu hanya diberikan selepas semua langkah keselamatan berkaitan usaha membendung penularan COVID-19 telah dilaksanakan di lapangan terbang.
Sultan Selangor berkenan lancar Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza.
PADU: Keraguan pengguna patut menjadi satu mesej yang kerajaan kena faham - Pakar
Masalah itu tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya, ia membawa kepada pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Jumlah korban serangan di dewan konsert Rusia meningkat kepada 143
Jumaat lepas, sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di Dewan Bandaraya Crocus, Krasnogorsk dalam Wilayah Moscow.
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
AWANI 7:45 [28/03/2024] - 75 peratus pemegang akaun keldai | Sakit mata, sakit hati | Bayar agihan pendapatan | Elak serbuan saat akhir
#AWANI745 malam ini bersama Essan Yahya;
1. Scammer! Dalam tiga bulan, lebih empat ribu ditahan
2. Hati jadi sakit, lambakan kereta terbiar depan rumah... Gempur745 siasat
3. PNB agih pendapatan RM0.67 bilion
4. Tambahan 300 kaunter PADU seluruh negara
1. Scammer! Dalam tiga bulan, lebih empat ribu ditahan
2. Hati jadi sakit, lambakan kereta terbiar depan rumah... Gempur745 siasat
3. PNB agih pendapatan RM0.67 bilion
4. Tambahan 300 kaunter PADU seluruh negara
AWANI Ringkas: Rusuhan di bazar Ramadan
AWANI Ringkas
PM Anwar beri bayangan tiada 'cuti tambahan' sempena sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beri bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijadual pada 10 April depan.
UAE lancar kempen derma lebihan makanan sepanjang Ramadan
Emiriah Arab Bersatu (UAE) menerusi UAE Food Bank melancarkan kempen menderma lebihan makanan sepanjang ramadan kepada mereka yang memerlukan.
Pelapor Khas PBB terima ugutan
Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Francesca Alabanese mendedahkan menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di genting Gaza.
Pentadbiran Biden arah semua agensi persekutuan AS lantik ketua pegawai AI
Pentadbiran Presiden Joe Biden telah mengarahkan semua agensi persekutuan negara itu melantik seorang ketua pegawai Kecerdasan Buatan (AI) untuk menyelia semua teknologi berkaitan.
Kerajaan tanggung RM2 bilion subsidi petrol sebulan, jika tangguh pelaksanaan subsidi bersasar
Kerajaan perlu mematuhi jadual pelaksanaan penstrukturan semula subsidi pukal kepada subsidi bersasar tahun ini.
Program Repatriasi Migran: Lebih RM9 juta kompaun dikutip setakat ini
Program berkenaan dilaksanakan pada 1 Mac hingga 31 Disember depan.
Pemimpin masyarakat, agensi kerajaan perlu bantu usaha noktah kemiskinan tegar - Azman
Peranan pemimpin masyarakat dan agensi kerajaan sangat penting untuk memantau serta memberikan laporan kepada pihak kerajaan.
Kerajaan capai sasaran defisit fiskal pada 2023 - Kementerian Kewangan
Paras defisit fiskal diunjur terus berkurang kepada 4.3 peratus pada 2024 seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 melibatkan pinjaman baharu berjumlah RM85.4 bilion.
Kerajaan komited perluas ekonomi digital, penuhi keperluan pelabur
Langkah itu juga seiring dengan kedudukan Malaysia yang mempunyai gabungan faktor unik dan menjadi hab pelaburan utama di Asia Tenggara.
Kerajaan sentiasa beri peluang kepada golongan berpendapatan rendah miliki rumah
Peluang buat golongan berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman sendiri dibuka antaranya melalui program Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).
Setiausaha Akhbar, UKK perlu rangka naratif lawan fitnah, tipu daya - PM
Ia untuk menangkis dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang menangguk di air keruh terhadap usaha kerajaan merungkai masalah rakyat.
Thailand di kedudukan ke-63 Indeks Demokrasi EIU 2023
Indeks itu berdasarkan 5 kategori iaitu proses pilihan raya dan pluralisme, kebebasan sivil, fungsi kerajaan, penyertaan politik dan budaya politik.
Kerajaan, pesara hakim diberi tempoh sebulan selesai saman berhubung isu pencen
Mahkamah Tinggi memberi tempoh sebulan kepada kerajaan dan 35 individu untuk mencapai kata sepakat berhubung penyelesaian dalam kes saman membabitkan isu pencen.
PADU berjaya daftar lebih 30 juta rakyat Malaysia - Mohd Uzir
Selangor mencatatkan jumlah paling tinggi dengan 5,863,817 juta orang diikuti Johor dengan 3,790,108 juta.