Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kira-kira jam 2:45 petang bagi bersidang untuk pengurusan kes bagi pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Turut kelihatan menyambut kehadirannya di perkarangan bangunan mahkamah adalah kumpulan penyokong Najib di mana ada beberapa melaungkan “Hidup Najib!”.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Sulaiman Abdullah telah tiba sekitar jam 2:25 petang manakala Datuk Seri Gopal Sri Ram juga tiba lebih awal, kira-kira jam 1:45pm.

Sebelum ini, pengurusan kes ke atas Najib telah ditunda kerana Peguam bela Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah mendakwa tidak menerima dokumen dalam bentuk cetak.

Dalam pada itu, prosiding yang berlangsung di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang menetapkan 31 Oktober sebagai tarikh pengurusan kes.

Pada masa sama, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Sulaiman Abdullah juga memohon perbicaraan dijalankan di Istana Kehakiman, Putrajaya dan pihaknya akan menulis surat kepada Hakim Besar Malaya Tan Sri Zaharah Ibrahim bagi memaklumkan hasrat pendakwaan berhubung perkara itu.

Sulaiman berkata, antara pertimbangan bagi cadangan itu ialah membabitkan alasan keselamatan kerana bangunan mahkamah di Putrajaya mempunyai akses yang terhad kepada orang awam.