Seorang pengusaha restoran yang menyambut hari ulangtahun kelahirannya ke-37 dibunuh dengan kejam di Lahad Datu petang semalam.

Mangsa yang berbangsa Cina ditetak di kepala, dikelar leher hingga hampir putus, dipotong tangan dan jari oleh tukang masaknya setelah berlaku pertengkaran melibatkan soal gaji.

Kejadian berlaku di restoran mangsa pada petang semalam kira-kira pukul lima petang dan disaksikan oleh pekerja-pekerja restoran tersebut.

Mangsa maut serta merta di lokasi kejadian manakala suspek melarikan diri namun berjaya diberkas polis kurang dari sejam selepas kejadian.

Mangsa yang berbangsa Cina ditetak di kepala, dikelar leher hingga hampir putus, dipotong tangan dan jari oleh tukang masaknya setelah berlaku pertengkaran melibatkan soal gaji.

Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Hamzah Ahmad semasa sidang media di sini awal pagi tadi berkata, pihaknya berjaya memberkas suspek yang dikenali sebagai ‘Chef John’ kurang dari sejam iaitu lebih kurang jam 5.45 petang selepas menerima laporan awal pada 5.15 petang pada hari yang sama.

Mangsa yang berbangsa Cina ditetak di kepala, dikelar leher hingga hampir putus, dipotong tangan dan jari oleh tukang masaknya setelah berlaku pertengkaran melibatkan soal gaji.

Hamzah berkata, suspek telah berkerja dengan mangsa lebih kurang empat tahun sebagai tukang masak dan suspek juga disahkan negatif dadah.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Besar Lahad Datu untuk dibedah siasat manakala suspek akan didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukum gantung sampai mati.