Jabatan Kesihatan Kedah memaklumkan dua premis yang menjual biskut berasap di sini telah bertindak menutup operasi.

Menurut Pengarahnya, Datuk Dr Norhizan Ismail tindakan itu dipercayai bagi mengelak dikenakan tindakan selepas jabatan itu turun melakukan pemeriksaan susulan aduan daripada pengguna.

Jabatan Kesihatan Kedah menjalankan pemeriksaan sekitar pukul 9 malam tadi.

Operasi membabitkan tujuh pegawai termasuk Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Pegawai Teknologi Makanan.

BACA: 'Biskut berasap': Cecair nitrogen perlu meruap sepenuhnya sebelum dijual - KKM

BACA: 'Biskut berasap': Lima aduan diterima, pengguna mula ragui kandungan, keselamatan

Kelmarin, seorang remaja lelaki melecur tapak tangan dan sakit di bahagian mulut serta tekak ketika makan biskut berasap 'Dragon Breath' yang dijual di sebuah bazar di sini.