Ada dalam kalangan peniaga di bandar ini tidak bersetuju dengan cadangan Kerajaan Negeri Kelantan yang mengarahkan operasi perniagaan restoran ditutup bermula pukul 8.30 hingga 10 malam sepanjang bulan Ramadan.
Pemilik sebuah restoran berusia dalam lingkungan 40-an yang hanya ingin dikenali sebagai Maryam, berkata arahan baharu itu agak merisaukannya kerana perlu menanggung kos perniagaan termasuk membayar gaji 15 orang pekerjanya.
"Kita faham hasrat kerajaan untuk memastikan rakyat menunaikan solat sunat tarawih namun mungkin arahan menghentikan operasi perniagaan perlu diteliti semula.
"Pekerja dan pemilik restoran mempunyai tanggungjawab yang lebih besar bagi menyediakan keperluan keluarga dan saya rasa arahan tersebut terlalu drastik untuk diikuti oleh peniaga," katanya ketika ditemui Bernama di sini, malam tadi.
Beliau turut mempertikaikan mengapa arahan penutupan operasi perniagaan hanya dikenakan ke atas kedai makan dan restoran dan bukan secara menyeluruh kepada semua jenis perniagaan.
"Apa yang kami faham hanya kedai makan dan restoran yang dikenakan arahan tersebut. Macam mana dengan pasar raya dan restoran makanan segera...adakah mereka dikecualikan?," soalnya.
Sementara itu, ibu tunggal Aliza Ahmad, 45 tahun, berkata setiap tahun dia menumpang di sebuah kedai makan bagi menjual colek pada bulan Ramadan untuk menampung keperluan empat anaknya.
"Memang setiap tahun saya menjual pelbagai jenis colek untuk menambah pendapatan bagi membeli pakaian dan keperluan hari raya kami sekeluarga.
Jika arahan ini dikuatkuasakan saya perlu mencari alternatif lain untuk mencari pendapatan bagi persediaan hari raya tahun ini," katanya.
BACA: 'Kaji semula larangan tutup kedai makan waktu solat Terawih di Kelantan'
Dua hari lepas, satu surat arahan berhubung penutupan operasi kedai makan dan restoran telah dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan yang berkuatkuasa serta merta.
Arahan itu dikeluarkan bagi menghormati bulan Ramadan selain menarik rakyat mengerjakan solat Tarawih berjemaah di masjid atau surau.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 07 2019
Arahan dikeluarkan bagi menghormati bulan Ramadan selain menarik rakyat mengerjakan solat Tarawih berjemaah di masjid atau surau. - Gambar hiasan
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Semua penerbangan menuju ke bandar "Tehran, Isfahan dan Shiraz, lapangan terbang Barat, Barat Laut dan Barat Daya di Iran telah digantung.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Menteri luar ASEAN gesa henti segera keganasan di sempadan Myanmar
Menteri luar ASEAN menggesa semua pihak menghentikan segera keganasan dan melaksanakan sekatan sepenuhnya di kawasan sempadan Myanmar.
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
Karya kartunis Bendi atas sampul duit raya
Selepas hampir 30 tahun berkarya, kartunis Bendi atau nama sebenarnya Muhammad Najib Mohd Rudin buat pertama kalinya pada tahun ini mengabadikan karya di atas sampul duit raya.
Selepas 50 tahun, bubur lambuk tetel Masjid Jorak Elahi tetap diminati
Bubur lambuk tetel Masjid Jamek Jorak Elahi, Bukit Pasir, yang diagihkan secara percuma sentiasa ditunggu-tunggu penduduk sekitar sini apabila tibanya Ramadan.
Masjid Istiqlal diiktiraf masjid hijau pertama di dunia
Pengiktirafan daripada IFC itu setelah mengambil kira seni bina dan fungsi rumah ibadah berkenaan yang mesra persekitaran.
Jutaan umat Islam sedunia jadikan Ramadan peluang cermin diri
Puasa mengajar orang Islam supaya lebih taat dan dekat dengan perintah Allah selain mengingatkan mereka kepada golongan yang kurang bernasib baik.
Balik kampung: Jaga adab dan akhlak di jalan raya
Punca utama kemalangan di jalan raya adalah daripada perangai, akhlak dan sikap pemandu itu sendiri.
Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan akaun Twitter.
AADK sasar sifar pemandu bas ekspres terlibat dadah
AADK menjalankan operasi bersepadu setiap tahun dengan kerjasama JPJ dan PDRM yang dilaksanakan seminggu sebelum sambutan Aidilfitri.
Baju percuma di stesen minyak sempena Ramadan
Sebuah stesen minyak Shell di Batu Berendam, Melaka tidak ketinggalan memanfaatkan bulan ini dengan memberi pakaian terpakai percuma.
Beg plastik hitam dengan bungkusan makanan
Tidak lagi makan di premis makanan, umat Islam yang tidak berpuasa didapati membungkus makanan menggunakan beg plastik hitam.
Azhan Rani maafkan pemilik produk guna gambar tanpa kebenaran
Azhan juga tidak bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mereka dan menganggap isu tersebut sudah selesai.