Peniaga dan penyedia perkhidmatan diseru supaya tidak mengambil kesempatan terhadap pengguna dengan menawarkan harga yang tinggi.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata mereka seharusnya menawarkan harga yang berpatutan bagi barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan.
Menurutnya, aduan tertinggi diterima dari pengguna di Malaysia adalah berkaitan harga barangan dan perkhidmatan dan kedua tertinggi adalah aduan transaksi atas talian.
"Saya juga menyeru agar semua rakyat lebih berhati-hati ketika berurusan secara atas talian.
"Elakkan daripada ditipu, semak semua maklumat sebelum menjalankan sebarang urus niaga termasuk transaksi atas talian, urusan tawar menawar dan sebagainya," katanya dalam ucapan perasmian sambutan Hari Pengguna Kebangsaan di Padang Kota Lama pada Sabtu.
Beliau berkata peranan pengguna amat penting bagi memastikan agenda nasional ini dapat dicapai dengan jayanya.
"Adalah menjadi hasrat Kerajaan agar dapat melahirkan pengguna yang bijak dan berdaya upaya bagi memastikan persekitaran yang seimbang di mana pengguna berdaya upaya dan peniaga pula beretika," katanya.
Terdahulu, Saifuddin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, turut melancarkan logo baharu Rakan KPDNHEP yang dahulunya dikenali sebagai "Friends of KPDNHEP".
Beliau berkata, Rakan KPDNHEP merupakan inisiatif Kementerian berbentuk kesukarelawan untuk mewujudkan jalinan kerjasama antara kerajaan dan rakyat melalui pemantauan harga barangan dan perkhidmatan.
"Bidang tugas utama ahli Rakan KPDNHEP adalah untuk menyampaikan maklumat berhubung isu kepenggunaan di kawasan setempat untuk makluman dan tindakan pihak Kementerian," katanya dan menambah sehingga ke hari ini, ahli Rakan KPDNHEP yang berdaftar telah mencapai 806,630 orang.
"Saya ingin juga menyeru kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas agar dapat mendaftar sebagai ahli Rakan KPDNHEP bagi membantu kerajaan menangani isu-isu berkaitan kepenggunaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 16 2019
Saifuddin (kanan) merasmikan Logo Rakan KPDNHEP pada majlis perasmian Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) Tahun 2019 di Padang Kota Lama, George Town, 16 Nov, 2019. --fotoBERNAMA
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Peniaga, penyedia perkhidmatan diseru tidak ambil kesempatan terhadap pengguna
Peniaga dan penyedia perkhidmatan seharusnya menawarkan harga yang berpatutan bagi barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan.
Anwar syukur agenda reformasi diangkat jadi agenda nasional
Beliau berkata pihaknya menghargai tindakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menerima perjuangan parti itu.
Dr Subramaniam saran rakyat terus sokong agenda nasional demi perpaduan
Rakyat Malaysia perlu meneruskan agenda nasional bagi mengukuhkan perpaduan kebangsaan serta menyemai sikap kesederhanaan.