Peniaga di bazar larut malam 'Uptown' Shah Alam yang terkesan dalam kejadian kebakaran awal pagi Isnin akan menerima sumbangan ihsan daripada kerajaan Selangor selain bantuan Hijrah Selangor untuk memulakan kembali perniagaan mereka yang telah musnah.
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari bagaimanapun berkata jumlah keseluruhan pemberian sumbangan itu akan berdasarkan kepada laporan terperinci yang sedang dibuat dan ia bakal diumumkan dalam masa terdekat.
"Walaupun ada 35 lot perniagaan yang terkesan dengan kebakaran itu namun kami telah kenal pasti hanya 20 peniaga saja terlibat sebab ada yang memiliki dua dan lebih lot perniagaan di situ.
"Kerajaan negeri juga akan salurkan bantuan untuk baiki semula lot yang musnah menerusi peruntukan daripada Tabung Pembangunan Usahawan namun kami sedang menunggu kiraan balik (kos pembaikan dan jumlah kerugian yang dialami peniaga) untuk ditentukan sumbangan munasabah," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak perniagaan Uptown yang terbakar di Seksyen 24 di sini, pada Isnin.
Beliau berkata buat masa ini, siasatan awal pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mendapati tiada unsur khianat ditemui di lokasi kejadian untuk menjadi punca kepada kebakaran berkenaan.
Namun katanya, 35 tapak perniagaan yang terjejas itu perlu ditutup sepenuhnya buat sementara waktu sehingga laporan penuh forensik kebakaran oleh JBPM Selangor diperoleh dan ia dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu ataupun lebih lama.
Tambah Amirudin, sejurus laporan penuh forensik kebakaran diperoleh, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), selaku badan pengurusan Uptown itu akan melakukan kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian.
"PKNS akan menyediakan tapak sementara di kawasan sama untuk peniaga terjejas meneruskan perniagaan mereka. Lot lain yang tak terjejas boleh meneruskan perniagaan seperti biasa tapi syaratnya, mereka perlu mendapatkan pengesahan Tenaga Nasional Berhad (TNB) terlebih dahulu.
"Ini kerana kami dapati ada sambungan elektrik daripada satu kedai ke satu kedai dan juga daripada blok ke blok. Langkah pemeriksaan ini adalah bagi mengelakkan masalah lebih besar berlaku pada masa depan," katanya.
Amirudin berkata selepas kejadian kebakaran di lokasi sama untuk kali kedua pada 2016, pihaknya telah menaik taraf sistem pendawaian elektrik di keseluruhan bangunan Uptown tersebut namun beliau tidak menolak kemungkinan wujudnya faktor lain selain daripada litar pintas yang boleh mencetus kepada kebakaran berkenaan awal pagi Isnin.
Dalam kejadian kebakaran pada 5.30 pagi itu, 28 lot perniagaan di blok pertama dan blok kedua terbakar 100 peratus manakala tujuh lot lagi di blok ketiga terbakar 50 peratus namun insiden terbabit tidak melibatkan kemalangan jiwa.
Kebakaran berkenaan merupakan insiden ketiga berlaku di bazar larut malam itu selepas kali pertama berlaku pada 2014 membabitkan 196 kedai dan kali kedua membabitkan empat kedai pada 2016.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 13 2018
Amirudin (tengah) bertemu para peniaga yang menjadi mangsa kebakaran ketika melawat lokasi kebakaran di UpTown, Sekysen 24, Shah Alam, 12 Nov, 2018. --fotoBERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
SkyTrax: Kedudukan KLIA jatuh ke tangga 71
Kedudukan KLIA kini di tangga ke-71 mengikut Senarai Lapangan Terbang Terbaik Dunia SkyTrax 2024, jatuh empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
China arahkan Apple keluarkan WhatsApp dan Thread daripada App Store
Kerajaan China mengarahkan Apple untuk mengeluarkan aplikasi Whatsapp dan Threads daripada App store China.
Empat pelari terlibat kontroversi dilucut pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat, lapor Xinhua.
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Selangor kongsi data Selangkah bagi proses semak silang sistem PADU
Kerajaan Selangor bersedia berkongsi data yang dikumpul dan diperoleh menerusi aplikasi Selangkah bagi proses semak silang serta kemas kini maklumat rakyat negeri itu ke dalam sistem PADU.
Amirudin beri bayangan calon DAP wakili PH di PRK Kuala Kubu Baharu
PH akan mengekalkan formula sedia ada, iaitu kekal dengan calon DAP untuk mempertahankan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu.
Selangor sedia kerjasama, kukuh keberkesanan PADU - MB
Kerajaan Negeri Selangor sedia bekerjasama dengan Kementerian Ekonomi bagi menyempurnakan sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
Selangor mantapkan ekosistem TVET, tawar kerjaya bergaji tinggi - Amirudin
Kerajaan Selangor menyasarkan untuk memantapkan lagi ekosistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
Stoking kalimah Allah: Kerajaan Selangor panggil pengurusan KK Mart
Amirudin Shari berkata pihak KK Mart perlu membuat penjelasan terperinci kepada kerajaan negeri, terhadap insiden yang mengguris hati umat Islam itu.
Notis kekosongan DUN Kuala Kubu Baharu dimaklum dalam masa terdekat
Notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu dijangka dimaklumkan kepada Pejabat Speaker DUN Selangor pada Isnin depan.
Penjawat awam Selangor terima bantuan khas Aidilfitri sebulan gaji
Bantuan khas kewangan Aidilfitri itu akan disalurkan pada 8 April depan.
PBT Selangor disaran laksana program kumpul lebihan makanan tidak terjual di bazar Ramadan
Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor diminta melaksanakan program mengumpul lebihan makanan tidak terjual di bazar Ramadan di kawasan masing-masing.
Kerajaan Selangor rangka strategi giatkan pendaftaran PADU, pastikan tiada keciciran - Amirudin
Kerajaan Selangor akan merangka strategi ke arah mempergiatkan usaha meningkatkan bilangan penduduk negeri itu berdaftar dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU).