Bantuan sosial menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi golongan orang kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal merupakan bukti keprihatinan pihak kerajaan terhadap golongan mudah terjejas itu, menurut sebuah persatuan OKU.
Bantuan sosial itu difokuskan bagi membantu lebih 300,000 ibu tunggal dan golongan OKU dengan pemberian RM300 secara 'one-off' atau sekali sahaja kepada mereka.
Presiden Persatuan Damai Orang Kurang Upaya (OKU), V. Murugeswaran berkata bantuan itu menunjukkan kerajaan sentiasa mengambil kira keperluan golongan OKU dan ibu tunggal yang terkesan dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan pandemik COVID-19.
"Bantuan daripada kerajaan ini sangat dialu-alukan bagi mengurangkan beban golongan OKU di waktu pandemik ini, tindakan ini sangat digalakkan.
"Semua lapisan masyarakat terjejas pada waktu ini dan golongan OKU juga tidak terlepas (terkecuali) daripada menerima bantuan-bantuan khas yang diberikan oleh pihak kerajaan," katanya kepada Bernama, pada Sabtu.
Selain itu bagi meluaskan bantuan terhadap para OKU di negara ini, Murugeswaran mencadangkan supaya kerajaan memasukkan golongan pemegang kad OKU yang layak sebagai penerima bantuan itu.
Katanya walaupun bantuan sosial itu memberi keutamaan kepada OKU yang berpendapatan rendah (B40), namun pada waktu ini ramai golongan OKU lain yang turut terjejas dari segi pendapatan.
Justeru, beliau meminta jasa baik kerajaan untuk membuat satu sistem secara dalam talian bagi membolehkan semua pemegang kad OKU memohon bantuan RM300 itu menggunakan nombor OKU masing-masing.
"Dalam nombor OKU ada pelbagai maklumat berkenaan perkerjaan, dan pendapatan seseorang, dan kerajaan boleh menilai siapa layak dan siapa tidak layak untuk dapat bantuan," katanya.
Pengerusi Majlis Pertubuhan Ibu Tunggal Malaysia (MPITM) Nor Aini Juffery mencadangkan supaya kerajaan memaklumkan agensi-agensi berkaitan tentang tatacara dan kaedah pengagihan peruntukan khas tersebut.
Beliau berkata perkara itu perlu bagi memudahkan persatuan seperti MPITM untuk berkongsi maklumat dengan ibu tunggal yang ingin memohon bantuan berkenaan.
Nor Aini berkata bantuan sosial itu sangat diperlukan oleh golongan ibu tunggal terutamanya pada waktu PKP, dan ramai yang teruja mendengar pengumuman berita tentang bantuan khas yang ditujukan kepada ibu tunggal.
Di bawah PENJANA yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 5 Jun lepas, seramai 300,000 OKU dan ibu tunggal yang tersenarai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat layak menerima bantuan 'one-off' sebanyak RM300 bagi mengurangkan beban golongan tersebut mendepani PKP.
Bayaran berkenaan akan disalurkan kepada golongan penerima itu sebelum Aidiladha.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 13 2020
Bantuan itu menunjukkan kerajaan sentiasa mengambil kira keperluan golongan OKU dan ibu tunggal. - Bernama
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
PENJANA: Bukti keprihatinan kerajaan terhadap golongan OKU, ibu tunggal
Bantuan itu menunjukkan kerajaan sentiasa mengambil kira keperluan golongan OKU dan ibu tunggal.