Penjawat awam di Perlis terima bonus RM500 24 Disember ini

Penjawat awam di Perlis terima bonus RM500 24 Disember ini
Menteri Besarnya, Datuk Seri Azlan Man berkata, pembayaran itu akan dibuat pada 24 Disember ini melibatkan jumlah kos RM600,000.
KANGAR: Kerajaan negeri Perlis mengumumkan pemberian bayaran bantuan khas sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam dari Gred 54 ke bawah.

Manakala sebanyak RM250 diberikan kepada para pesara.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Azlan Man berkata, pembayaran itu akan dibuat pada 24 Disember ini melibatkan jumlah kos RM600,000.

"Bagi menghargai segala usaha mereka, penjawat awam dari gred 1 hingga 54 akan menerima bayaran bantuan khas RM500 manakala pesara yang menerima pencen akan menerima bayaran  sebanyak RM250 termasuk kakitangan kontark," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2019 di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks DUN Kangar, pada Selasa.