Tutup

Penjawat awam: Pastikan maklumat awal tidak disebarkan - KSN

Penjawat awam: Pastikan maklumat awal tidak disebarkan - KSN
ISMAIL: Kewujudan aplikasi sosial media seperti Whatsapp dan Facebook harus digunakan bagi menyalurkan mesej-mesej positif.
PUTRAJAYA: Pegawai-pegawai muda kerajaan yang terlibat dalam merangka dasar-dasar negara perlu memastikan setiap maklumat awal yang diperoleh tidak disebarkan kepada umum, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar.

Beliau berkata penyebaran maklumat awal dan dokumen terperingkat kepada umum, boleh mengundang pelbagai tanggapan dan reaksi negatif orang ramai tentang perjalanan suatu urus tadbir kerajaan.

"Kewujudan aplikasi sosial media seperti Whatsapp dan Facebook harus digunakan bagi menyalurkan mesej-mesej positif," katanya pada Majlis Perjumpaan Bersama-sama Pegawai-pegawai kerajaan Bersama Perdana Menteri di sini hari ini.
Ismail berkata pegawai gred 41-48 adalah mereka yang akan merangka semua kertas-kertas dasar kementerian, sebelum disemak pengurusan atasan.

Sebagai bakal pemimpin di masa hadapan, Ismail berkata para pegawai muda perlu meningkatkan kecekapan, serta kemahiran dan mengambil peluang menimba pengalaman pekerjaan, untuk memantapkan lagi pengetahuan supaya dapat menjadi pemimpin yang cekap kelak.
"Penjawat awam perlu ada disiplin diri, laksanakan tugas dengan ikhlas dan tidak melanggar undang-undang dan semangat kekitaan.

"Jangan biarkan rakyat terus beranggapan, bahawa setiap urusan kerajaan adalah rumit, membazir masa dan menyusahkan," katanya.

Ismail turut menasihatkan pegawai-pegawai muda untuk menjaga keharmonian dalam lingkungan kerja kita kerana ia akan membantu mereka melaksanakan tugas dengan baik.

-- BERNAMA

Tag: pegawai muda, pegawai kerajaan, dasar negara, ketua setiausaha negara, ismail bakar, maklumat awal, orang ramai, rakyuat malaysia


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.