Susulan pengumuman oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) berhubung status pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dan penumpang serta anak kapalnya, pelbagai dakwaan dilemparkan.

Satu hakikat yang agak perit untuk diterima waris mangsa; selagi tiada bukti ditampilkan, selagi itulah mereka menganggap ahli keluarga mereka belum meninggal dunia.

Bagi mereka, DCA tidak seharusnya mengisytiharkan pesawat itu hilang biarpun usaha mencari masih diteruskan.

Sehubungan itu, Pengarah Pengurusan Trafik Udara Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Ahmad Nizar Zolfakar tampil di Astro AWANI untuk menjelaskan perkara itu.

Menurutnya, dalam hal ini, pihak DCA telah membuat pengisytiharan mengikut protokol antarabangsa selain bertujuan memudahkan waris mangsa meneruskan kehidupan.

"Dengan pengisytiharan yang dibuat, diharap waris dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik, lebih-lebih lagi dalam pengurusan berkaitan akaun atau pinjaman," jelas Ahmad Nizar.

Ikuti wawancara penuh bersama Ahmad Nizar di sini: